Resit yang diterima selepas bayaran. Gila ahh sampai RM6000.. sama harga dengan kos makan kenduri kahwin. Agak-agak laa nak menipu oran...

Restoran caj sarapan RM6,000

Resit yang diterima selepas bayaran.

Gila ahh sampai RM6000.. sama harga dengan kos makan kenduri kahwin. Agak-agak laa nak menipu orang dengan harga yang melampau. Hotel 5 bintang kat Malaysia nie pun belum sampai tahap macam tu.

Aku kecewa jugak ada sesetengah peniaga di kawasan pantai timur mengenakan caj yang berlainan untuk pendatang luar. Aku tak kisah kalau bezanya seringgit dua.. tapi kalau dah sampai berpuluh ringgit melampau siyut. Pernah aku terkena makan 2 orang nasi goreng kampung dengan sotong goreng seekor, terperanjat aku sampai terkena RM32. Perghhh...Selalunya dengan harga seperti itu kalau makan sup ekor, telur dadar, kailan ikan masin dan nasi putih 2...itu pun belum cecah RM30..semenjak itu takkan aku berkunjung ke kedai itu lagi.
Selepas ini aku nasihatkan kalau nak makan di kawasan pantai timur, atau mana-mana sekali pun pastikan restoran tersebut ada menyediakan senarai menu dengan harganya sekali. Dan tanya lauk pauk itu sesuai untuk berapa orang dengan harag yang telah dikenakan di dalam menu. Takde laa korang menggelabah nak bayar sampai mencari mesin ATM.
Quote:
KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.
Sumber dari: Sinar