PERONDA melihat kereta mangsa yang remuk. Jalanraya adalah suatu laluan yang paling bahaya didalam dunia. Mana tidaknya, setiap hari ad...

Wanita mengamuk selepas kereta barunya remuk

PERONDA melihat kereta mangsa yang remuk.

Jalanraya adalah suatu laluan yang paling bahaya didalam dunia. Mana tidaknya, setiap hari ada saja laporan kemalangan dikeluarkan sehinggakan ada kematian. Aku nasihatkan kepada pengguna jalan raya yang berkemampuan, gunakanlah kereta daripada motor.
Dengan cara ini risiko kehilangan nyawa dapat kurangkan. Bukan aku nak cakap naik kereta tu nyawa boleh selamat, tetapi risiko kehilangan nyawa lebih selamat berbanding penunggang motosikal. Dalam dunia ini tiada satu kenderaan pun yang terbaik. Kalau kereta tu adalah yang terbaik dalam dunia, jadi tak perlulah korang beli insurans itu ini.
Tengok saja gambar kereta yang remuk itu, kalau penunggang motosikal yang kena bagaimana? Janganlah kita terlalu berkira-kira untuk berjimat sampai bertukar kepada motosikal hingga meninggikan risiko di jalan raya.
Dan kepada yang betul tidak mampu memiliki kereta tu kenalah lebih berhati-hati dijalan raya. Ingat-ingatlah naik motosikal ,kalau langgar lubang boleh tergolek. Kalau kereta hanya bengkok rim nya.
Quote:
Jasin: Berang kereta dibeli tidak sampai dua bulan remuk selepas terbabit kemalangan, seorang wanita bertindak memaki-hamun orang ramai yang cuba membantunya dalam kejadian di Kilometer 190, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu kereta berusia 30-an yang datang dari arah Jasin ke Ayer Keroh itu hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah treler.


Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu bersendirian dipercayai cuba mengelak ke lorong sebelah kiri selepas melihat sebuah kereta dipandu laju dari arah belakang cuba memintas keretanya.

“Mangsa yang terkejut melihat kehadiran kereta itu mengambil keputusan menukar laluan secara mengejut dari lorong kanan ke lorong kiri.


“Pada waktu itu, mangsa tidak menyedari sebuah treler dipandu perlahan berada di depannya lalu hilang kawalan dan merempuh belakang treler berkenaan hingga terperosok di bahagian bawah tanpa disedari pemandunya yang meneruskan perjalanan.


“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana kereta dipandu perlahan walaupun bahagian depan remuk teruk dan terhenti di lorong kiri lebuh raya itu,” katanya kepada Harian Metro, kelmarin.


Menurutnya, mangsa yang tidak mengalami kecederaan dibantu pengguna lebuh raya lain yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dibantu peronda lebuhraya.


“Namun, berlaku salah faham di tempat kejadian apabila mangsa yang baru membeli kereta kurang dua bulan enggan memberi kerjasama kepada orang ramai yang cuba mententeramkan keadaannya.

Mangsa gagal mengawal emosinya dan bertindak memarahi pengguna yang cuba mengeluarkannya dari kereta itu namun kejadian berjaya dikawal.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamuddin Hasim mengesahkan laporan kemalangan berkenaan.
Sumber dari: Metro

Dari berita di atas, kakak nie mengamuk disebabkan tekanan nasib dirinya yang tidak berapa baik. Kereta yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dah remuk. Sudah lah kena bayar pinjaman bank bulan2,harga kereta pulak di negara kita ini tinggi, bayar kereta cukup2 makan dengan gaji sebulan.
Lepas tu kereta terpaksa dihantar untuk dibaiki. Maka terjejas hidup kakak nie jika bekerja.

Apakah kakak ini baru menjadi pemandu kereta dijalanraya?
Tabiat pemandu sekarang suka sangat memandu jarak yang dekat dengan kereta dihadapan. Jika kita dihadapan suka sangat pemandu di belakang cucuk2.

Cara aku senang saja. aku akan jarakkan jauh2 sikit kereta aku dengan kereta hadapan. Amik lah jarak 400meter atau 4 tiang letrik ke atau kiraan 4 saat pada satu titik. Semua ini dah diajarkan time sekolah memandu.

Kalau ada kereta yang cucuk2 dari belakang, aku akan mula perlahankan kereta aku dan amik laluan kiri jika ada. Kalau tiada lalauan kiri ada baiknya bawa secara perlahan untuk membenarkan kereta dibelakang untuk memotong aku. Bagi lah lampu signal ke kiri dan melambaikan isyarat tangan untuk membenarkan pemandu belakang supaya memotong. Biarlah orang kata aku nie bawak kereta mcm kura2 dari di cium oleh kereta dari arah belakang.