Akhbar Utusan yang diedarkan percuma tetapi tidak diminati. Sudah ditawarkan percuma tetapi masih tidak mendapat sambutan...kalau aku b...

Tiada siapa yang nak baca Utusan Malaysia walaupun diberi percuma

Akhbar Utusan yang diedarkan percuma tetapi tidak diminati.

Sudah ditawarkan percuma tetapi masih tidak mendapat sambutan...kalau aku benda yang free yang aku nak aku mesti ambil. Rezeki jugak tu boleh di buat alas tiika nak sediakan bahan masak di dapur..tak pun buat alas kaki dalam kereta.
Quote:
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada majlis sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. - 14 September, 2013.
Sumber dari: TMI

Zaman internet sekarang ni ramai golongan yang celik IT menyerap segala berite di Internet. Laman web utusan pun ada ..laman web berita harian pun ada..sekarang modal dan untung surat khabar adalah dari pembaca surat khabar itu sendiri dan pengiklanan.

Inilah cara golongan ini berjimat dari hari kena beli surat khabarRM1.50 ada baiknya di selaraskan beli barang2 yang dah naik harga. Kertas adalah dari pokok, walaupun kertas yang sudah dikitarkan semula tetapi process penghasilannya juga menggunakan tenaga yang banyak.

Ada baiknya beralih berita surat khabarini di internet..kalau di lihat pelajar sekarang pun dah ada yang guna smart phone...budak sekolah rendah anak kesayangan mak bapak pun sudah menggunakan tab, ipad dan sebaigainya. Golongan tidak celik IT saja yg masih menyerap berita dengan cara konvensional.