"Bijak Dahulu Bijak Sekarang"...siapakah yang bijak disini? Aku masih ingat dahulu sebelum ada pinjaman ASB. Rata-rata m...

Teknik Simpanan ASB yang bijak tanpa pinjaman bank


"Bijak Dahulu Bijak Sekarang"...siapakah yang bijak disini?

Aku masih ingat dahulu sebelum ada pinjaman ASB. Rata-rata mereka yang berpendapatan tetap yang mahir dalam selok belok pelaburan saham sudah semesti sudah membuat pengiraan. Ada dikalangan mereka membuat pinjaman peribadi untuk dilaburkan ke ASB.
Tapi dividen tahunan tidaklah banyak sangat sebab pinjaman yang diambil sedikit jumlahnya mengikut pekiraan 3 bulan gaji. Contoh: Jika gaji RM1500 sebulan anda hanya layak meminjam maksimum RM4500 sahaja. Berapa sangatlah dividen yang akan diperolehi. Selepas itu kena tanggung bulan-bulan terikat dengan pinjaman tersebut.

Kemudian terbit pula pinjaman ASB dan korang boleh rujuk jadual bayaran ansuran bulanan seperti dibawah atas kemampuan masing-masing.
Jadual Ansuran bulanan bagi pinjaman ASB Maybank.

Dan kemudian muncul pelbagai teknik dari bentuk pinjaman tersebut hingga boleh menjanjikan keuntungan jutaan ringgit. Tetapi berapa lama korang hendak ditunggu dengan beban hutang bulanan yang ditanggung seumur hidup.

Kesannya...
Quote:
Pinjaman ASB Maybank RHB CIMB Akan Dibekukan? Punca? Hutang Isi Rumah RM800 Bilion RM800 bilion @ 89.2 % KDNK Malaysia

Pinjaman ASB : Ada pemain pelaburan pinjaman ASB Maybank, CIMB ataupun RHB di sini? Pelbagai cara digunakan untuk memanipulasikan atau lebih tepat lagi menggunakan dengan sebaiknya sistem kewangan yang ditawarkan oleh pihak bank Malaysia melalui teknik-teknik yang ada bukan.

Dan berdasarkan semakan Berita Semasa yang terkini, dilaporkan bank Maybank, RHB dan CIMB sedang dalam peringkat untuk mempertimbangkan pinjaman ASB Maybank CIMB RHB pada masa akan datang dibekukan tidak lama lagi terutamanya pinjaman baru. Beirta Semasa tekankan sekali lagi “pinjaman baru”. Ini bermakna permohonan baru pinjaman ASB akan dibekukan.
Pelaburan ASB Maybank

Pinjaman ASB Maybank CIMB RHB VS Hutang isi Rumah?

Ini semua disebabkan angkara lonjakan mendadak kenaikan hutang isi rumah rakyat Malaysia yang sudah pun mencecah RM800 bilion bersamaan dengan 89.2 % KDNK Malaysia atas nama perintah daripada Bank Negara Malaysia (BNM). (KLIK SINI)
Jadual Pinjaman ASB
Dijangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula mengeluarkan arahan menyekat pinjaman ASB Maybank, RHB, CIMB selepas Bajet 2014 kelak, iaitu Oktober 2013 ini. Apa pandangan anda pula? Adakah pinjaman ASB Maybank, CIMB, RHB lebih banyak membawa kebaikan berbanding kemudaratan dalam sutuasi ekonomi Malaysia yang kurang menentu sekarang ini?
Sumber dari: BeritaTerkini

Aku tak katakan buat pinjaman untuk melabur itu salah sebab korang mampu nak pinjam. Dalam pelaburan apa yang penting adalah masa. Dan masa akan menentukan sebanyak mana kita boleh mendapat keuntungan
Korang siapa yang gaji RM3000 ke atas mesti mampu punya.

Mari kita belajar mengira dahulu, katakan seorang suami bergaji asas RM3000 dan ambil situasi dimana terpaksa bayar bulan-bulan hutang rumah, kereta, nafkah,  anak-anak, persekolahan dan macam-macam lagi.
Ambil contoh seperti perkiraan kasar diatas untuk sebuah keluarga.

Maka jika RM3000 kasar anda akan peroleh RM 2670 bersih tanpa cukai pendapatan.
Jadi bagaimana simpanan anda? Cukupkah untuk buat pelaburan ke ASB? Nak pinjam dengan bank? Berani ke nak tambah lagi beban ansuran bulanan?

OK..sekarang aku nak tekankan bahawa teknik ini hanya untuk pekerja di sektor swasta sahaja. Sebab aku bekerja dengan syarikat swasta. Kalau keje dengan kerajaan aku tak tahulah macam mana situasinya.

Teknik ini melibatkan pengeluaran akaun 2 KWSP setiap bulan. Kalau akaun 1 aku tak payah nak ajar, korang boleh keluarkan sendiri melalui KWSP dan masukkan ke dalam akaun ASB. Tapi lepas cecah umur pencen baru korang dapat merasa. Itu pun kalau sampai.

Syarat-syarat untuk teknik ini:
1- Caruman KWSP mesti ada
2- Mesti ada membeli rumah dan masih berhutang dengan bank dengan ansuran bulanan

Cara ini tidak melibatkan beban bulanan dari gaji bersih korang. Korang hanya perlu keluarkannya dari KWSP mengikut prosedur yang betul. Rujuk sini kalau nak keluarkan wang KWSP dari akaun 2 >>http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/housing-loan-monthly-instalment-withdrawal

Korang kena membuat Pengeluaran ansuran pinjaman rumah. 
Bukan aku nak korang keluarkannya nak bayar ke pinjaman rumah. Tapi hendaklah di laburkan ke ASB. Ini bertujuan supaya akaun 2 dapat dijanakan jumlah simpanannya dari disimpan beku tanpa ada keuntungan langsung. Kalau akaun 2 korang simpan sampai 100 tahun pun tak guna sebab kesan dari inflasi. Korang kena fikir betul-betul, harga secawan Kopi 10 tahun dahulu tidak sama dengan harga sekarang.


Klik image untuk besarkan

Dari jadual diatas korang boleh bezakan antara simpanan dari akaun2  dengan Pinjaman dari bank.
Kita ambil tempoh keuntungan 7 tahun dan angarkan dividen terendah dari ASB adalah 7%
Dalam masa 7 tahun anda sudah peroleh RM 22703.52

Berbanding dengan pinjaman bank 7 tahun baru selesai hutang tetapi jumlah yang anda sudah berikan kepada bank adalah RM 18060 ( mengikut jadual ansuran bulanan dan kadar BLR terkini)

Maka anda akan mendapat pulangan bersih RM 6026.72  sahaja selepas 7 tahun...perrghhhh berbaloikah..? cara mana yang lebih menguntungkan?


Apa? Mahu buat pinjaman jugak? nak tambah komitmen beban ansuran bulan? mampu? sebab isteri bekerja?
Dari anda buat pinjaman dan anda mampu untuk bayar bulan-bulan ada baiknya anda gabungkan dengan teknik di atas,


Klik image untuk besarkan

Anda sudah bertekad mahu simpan sidikit dari hasil bulanan anda ke ASB. Maka hasilnya selepas 7 tahun hampir mencecah RM50K.

Jadi bagaimana? Terpulanglah bagaimana teknik anda untuk menguruskan kewangan anda sendiri. Anda sendiri yang bijak untuk menentukannya.

Aku di sini sekadar berkongsi dan teknik-teknik di atas adalah dikira secara kasar. Walaupun tidak tepat tetapi kita masih boleh membuat angaran. Aku tak sanggup menjadi hamba kepada bank.