ABDUL Rahim (tengah) menyoal suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol. Malu..malu...malu..bukan lelaki yang kena tangkap tu ...

Gadis mahu jumpa kekasih hati di hotel bajet, tapi malang dirogol 2 lelaki lain

ABDUL Rahim (tengah) menyoal suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol.

Malu..malu...malu..bukan lelaki yang kena tangkap tu malu, tapi mangsa yang terkena yang malu. Besar harapan mak bapak perempuan nie hantar belajar supaya menjadi insan yang berguna.
Tapi malang, rancangan kotor maksiatnya tidak menjadi bersama kekasih dihati tergadai pula ditangan orang lain.

Quote:
Gombak: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bertemu dengan teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Rawang mengundang padah apabila dia menjadi mangsa samun dan rogol dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian itu, suspek datang ke bilik hotel mangsa dan mengaku mereka anggota polis serta menuduh mangsa melakukan perbuatan maksiat.

Malah, teman lelakinya 20-an turut menyerahkan RM500 dan telefon bimbit sebagai syarat mereka berdua tidak dibawa ke balai polis selepas diperdaya dua lelaki terbabit.

Dalam kejadian jam 6 petang, Sabtu lalu, remaja perempuan terbabit yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Rawang mengharungi detik hitam selepas dirogol bergilir-gilir oleh suspek yang mendakwa mereka anggota polis. 

Bagaimanapun, perbuatan jijik suspek masing-masing berusia 25 dan 37 tahun itu tidak bertahan lama apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diketuai Asisten Superintendan Syed Azam Mohd menahan suspek di pondok pengawal tapak projek Lebuhraya Serendah Taman Setia, Batu 16 Rawang jam 2.30 pagi semalam.
Sumber dari: Metro

Beginilah detik hitam yang mangsa alami. Kita ambilah cerite ini sebagai pengajaran. Ada kemungkinan ini balasan dari tuhan atas perbuatan mangsa itu sendiri.