MESEJ dihantar guru berkenaan kepada Anis. Sudahlah gatal, miang pulak pastu tak tahu malu lagi tu. Perghhh...ini kes teruk ini, guru ...

Guru disiplin yang miang cabul,meraba rakan sekerja wanita

MESEJ dihantar guru berkenaan kepada Anis.

Sudahlah gatal, miang pulak pastu tak tahu malu lagi tu. Perghhh...ini kes teruk ini, guru disiplin pun sudah tidak berdisiplin.
Guru ini memang berniat jahat dan cuba mempengaruhi nafsu mangsanya. Kalau ada respon dari mangsanya sudah tentu kenyang guru tersebut melepaskan nafsu. Guru displin tiada adap dan tiada moral, ini baru satu kes guru nie kantoi. Kerja haramnya yang lain tu pun belum tau lagi. Sudah berapa ramai mangsa yang terlah di kerjakan.
Quote:
Kuala Lumpur: “Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat tak senonoh macam itu. Patut awak sound (beri amaran) masa kali pertama saya buat.”

Itulah SMS pengakuan seorang guru disiplin kepada wanita yang juga rakan sejawat di sebuah sekolah di ibu negara selepas tembelangnya yang sering melakukan gangguan seksual terbongkar.

Akibatnya, guru wanita itu menghadapi tekanan perasaan selepas kerap diganggu termasuk tangannya dipegang serta betisnya diraba beberapa kali sejak Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 27, berkata, dia mula ‘diusik’ guru berusia awal 30-an itu sejak berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun lalu dan tidak menyangka diperlakukan sebegitu tanpa segan silu biarpun di depan murid.

Namun, penderitaan Anis berakhir apabila guru lelaki itu ditahan pihak berkuasa Isnin lalu berikutan laporan polis dibuat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa dicabul guru itu.
Sumber dari: Metro

Guru gila nie sampai budak lelaki pun dicabul. Teruk sudah institusi guru sekarang ni. Agak-agak korang berapa ramai guru seperti ini masih ada diluar sana.