Memang aku tidak menafikan bahawa banyak pemandu lori yang tidak suka dengan penguatkuasa JPJ dan pemandu lori yang keras kepala, panas ...

Video JPJ Kena Buli Tarik Perhatian Di Media Sosial


Memang aku tidak menafikan bahawa banyak pemandu lori yang tidak suka dengan penguatkuasa JPJ dan pemandu lori yang keras kepala, panas baran dan degil. JPJ sudah tentu menjalankan tugas kalau sudah ternampak suatu kesalahan dan cuba menahan lori tersebut. Tapi di sebabkan masalah mentaliti kebanyakan pemandu lori yang degil inilah perkara seperti ini terjadi. Kalau terjadi pelanggaran macam mana yang melibatkan orang lain. Bukankah sudah menambah masalah? Aku juga memang amat benci kalau lori itu dibawa muatan berlebihan lebih-lebih lagi membawa pasir atau batu di tambah lagi memandu dengan laju sampai retak seribu cermin depan kereta aku.




Video ini dapat ditonton jika anda off kan safe search web browser anda.
Chrome pegi ke Setting>Search Setting dan untick Filter explit results




Quote:
SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik ke laman sosial Facebook oleh akaun 'Chandara Lawan Tetap Lawan' telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Video rakaman amatur berkenaan, yang menyaksikan sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba menahan sebuah lori yang dikatakan membawa lebih muatan.

Pemandu lori tersebut memandu secara melulu selepas menyedari dirinya dalam pemerhatian pihak berkuasa.

Walaupun akhirnya lori tersebut berhenti, pemandu lori berkenaan mengambil kesempatan melarikan diri selepas pihak berkuasa memberhentikan kenderaan mereka.

Menariknya, pelayar Facebook yang menonton video berkenaan memberikan reaksi yang berbeza-beza.

Ada yang menghentam pihak berkuasa yang terlibat tanpa sebab, tak kurang juga yang seratus peratus menyalahkan pemandu lori yang memandu secara merbahaya.

Lokasi dan waktu kejadian gagal ditentukan.
Sumber dari: Sinar