Angkara tayar bersepah di jalanraya melayang nyawa. Itu yang kerap kali aku lihat di mana serpihan-serpihan tayar celup lori terkopek ber...

Video 7 Rentung Bas Kemalangan di Tapah



Angkara tayar bersepah di jalanraya melayang nyawa. Itu yang kerap kali aku lihat di mana serpihan-serpihan tayar celup lori terkopek bersepah-sepah di jalan raya dan kerap kali aku terpaksa mengelak. Sememangnya pengusaha kenderaan berat akan mengambil tayar celup atau tayar yang di
proses semula ketebalan dan bunganya kerana ia lebih murah. Aku bukannya hendak pertikai pakai tayar celup atau 100% baru, tiada masalah pun. Tapi yang sakit harinya geng2 lori nie tak reti nak teliti keadaan tayar. Dah tau bunga nak habis tu tukarlah dan bukanya tunggu tayar tu sampai terkopek baru nak tukar.  Apa pun takziah buat keluarga mangsa dan harap bersabar dengan segala dugaan yang menimpa.



Minta jasa baik dari pihak JPJ mengambil tindakan terhadap kenderaan berat yang menggunakan tayar yang sudah teruk.







Quote:
Tapah: Sekurang-kurangnya lapan maut, termasuk tujuh rentung dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini dan menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan terbakar.
"Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar.
"Pemandu kereta jenis Charade dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.
Bas berkenaan dinaiki 31 orang dan setakat ini tujuh penumpang maut di tempat kejadian manakala pemandu bas maut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Sementara itu, 21 cedera dan dua lagi selamat.
Beberapa mangsa yang parah kini dipindahkan ke HRPB untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58; dan Sin Ah Guat, 54.
Bagaimanapun, pemandu bas yang belum dikenal pasti identitinya.
Kesemua mayat kini di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan mayat pemandu di HRPB Ipoh.
-
Sumber dari: Metro