Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kontroversi penyokong Malaysia membelasah penyokong Vietnam telah menjadi berita hangat dan ...

Samseng IJF Bukan Warga Johor


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kontroversi penyokong Malaysia membelasah penyokong Vietnam telah menjadi berita hangat dan antara yang terlibat adalah dari kumpulan penyokong Inter Johor Firms (IJF) telah menyebabkan busuk pada seluruh penyokong Malaysia. "No One Like Us..We Don't Care" ayat yang membuktikan memang ramai orang yang tidak suka pada IJF ni. Jenis kumpulan yang tidak tahu mengawal emosi lalu menjadi samseng bertopeng bila pasukan yang disokong itu kalah .






Quote:
KUMPULAN INTER JOHOR FIRMS TIDAK DIIKTIRAF SELAKU WARGA JOHOR KERANA KAMI TIDAK MENERIMA "HOOLIGANS"

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah membuat keputusan untuk mengharamkan seumur hidup kumpulan penyokong yang menamakan diri mereka Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor. 

PBNJ dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia telah mendapat perkenan daripada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor. DYAM Tunku Mahkota Johor turut bertitah, "Pihak yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan negeri Johor akan ditangani dengan segera kerana kumpulan pelampau seperti ini tidak diiktiraf sebagai warga Johor. Orang-orang seperti ini yang telah memberi nama buruk perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh sekalian rakyat Johor".

PBNJ mengambil keputusan ini bukan kerana kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam tetapi adalah kerana DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ mengutuk sekeras-kerasnya mana mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'Hooligan' dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan.

.............

INTER JOHOR FIRMS GROUP NOT RECOGNISED AS JOHOREANS BECAUSE WE DON'T ACCEPT HOOLIGANS

Johor FA have made a decision today to ban a group of trouble makers calling themself Inter Johor Firm (IJF) from Larkin stadium for Life. Johor FA with the cooperation of the Royal Malaysian Police, Johor Contingent with the blessing of His Royal Highness Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor to stop activities of any individuals or extremists that negatively affect the image of State of Johor. 

Johor FA made the decision to ban for life the supporters who call themselves Inter Johor Firms(IJF) not only in Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium but all venues involving fixtures of Johor Teams. 

His Royal Highness decreed, "Those responsible with giving Johor a bad name and reputation will be dealt with immidiately with the full force of the law and also will not be recognised as Johoreans. These people who brings disgrace to the State ought to be despised by all Johoreans"

The Johor Football Association (Johor FA) has made this decision not just because of what happened at the Shah Alam Stadium last night. HRH The Crown Prince of Johor and the Johor FA strongly oppose any organisation that promotes hooliganism.
Sumber dari: FB