Ini namanya otak letak kat lutut. Tiada semangat kesukanan langsung. Adat menonton bola di stadium pasti ada bunga api, baling botol, bu...

Akibat Kalah Penyokong Malaysia Belasah Vietnam


Ini namanya otak letak kat lutut. Tiada semangat kesukanan langsung. Adat menonton bola di stadium pasti ada bunga api, baling botol, buang sampah, kerusi rosak yang paling aku benci bergaduh. Kalau antara negeri mungkin dapat malu antara negeri. Ini antara dua negara beb...dah kalah tu dah lah. ini siap bertopeng bagai belasah penyokong Vietnam. Tidak mungkin disebabkan penyokong Vietnam provok Malaysia. dah tentu mereka tu golongan minoriti dalam Stadium.
Ape-ape pun selepas ini dah tak selamat dah penyokong Malaysia di Vietnam dalam pusingan kedua 11 DEC ini sebab penyokong Malaysia dah femes.










Quote:
Shah Alam: Tindakan segelintir penyokong pasukan Malaysia dan Vietnam yang bergaduh di dalam Stadium Shah Alam sedikit mencemarkan saingan separuh akhir pertama Piala AFF 2014, di sini, malam tadi. Menurut laporan BHonline, insiden kecil itu bermula pada minit ke-85 apabila Harimau Malaya sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam. 
Sumber dari: Metro