Lagi kes mengejutkan sebuah bot tempur TLDM CB204 telah hilang di perairan Sabah yang dipercayai disebabkan cuaca buruk. Kalau mahu diikutkan ini adalah kes ke-2 dalam tahun ini yang melibatkan kerajaan Malaysia dalam melancarkan misi pencarian dan penyelamat (SAR). Kita semua tahu sebelum ini yang hilang adalah pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui hingga kini.
Korang boleh fikirkan dan bayangkan jika angin yang bertiup kencang didarat sudah cukup kuat. Lagi tiupan angin yang banyak rintangnya dengan bukit dan gunung-ganang tetapi tiupan itu masih kuat dirasai. Inikan pula kalau di laut yang luas terbentang. Aku dah merasa ribut dengan ombak 7 meter macam mana dengan tiupan angin yang gila deras. Nasib baik kapal yang aku naiki itu besar. Kalau kapal tempur TLDM yang kecil ini aku tak tahulah sudah melayang entah kemana.
Tahun lalu taufan Haiyan telah melanda di negara Filiphina sedikit sebanyak di bahagian perairan Sabah mendapat tempiasnya. Mungkin cuaca buruk yang berlaku adalah tanda-tanda sudah bermulnya musim tengkujuh.
Quote:
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan sebuah bot tempur CB 204 milik TLDM hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah pada Ahad.
Bot tempur itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang.
Posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini, Tan Sri Abdul Aziz mengesahkan kejadian dan memaklumkan terdapat tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu.
Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya lagi.
KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.
Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.
Namun pada pukul 1.05 petang, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.
KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.
KD Serang dan KD Lekiu turut ditugaskan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Sumber dari: AstroAwani