Kini bank-bank di Malaysia telah dikejutkan dengan anggaran lebih RM3 Juta telah dilarikan oleh penggodam mesin ATM. Dikatakan penjenaya...

Godam ATM: Gambar Muka Penjenayah Kebas Lebih RM3 Juta Telah Dikenal Pasti

Godam ATM

Kini bank-bank di Malaysia telah dikejutkan dengan anggaran lebih RM3 Juta telah dilarikan oleh penggodam mesin ATM. Dikatakan penjenayah merupakan bangsa asing dari Amerika Latin atau Timur Tengah. Tapi kalau difikiran orang dari mana yang ramai datang berkunjung ke Malaysia? Dari America Latin atau dari Timur Tengah?

Kalau korang tanya aku mestilah aku suspek dari Timur Tengah sebab pelancong yang datang ke Malaysia kebanyakkannya dari Timur Tengah lebih-lebih lagi ketika musim panas. Ini jenayah terancang untuk dilakukan. Sudah tentu mereka ini akan melakukan pemerhatian terlebih dahulu dengan selok belok negara Malaysia ini. 3 negeri  yang terlibat dengan dalam jarak yang berjauhan. Nih dibawah ini aku tepek senarai ATM yang malang digodam

Senarai ATM bank digodam

Bank: Affin Bank, Jalan USJ10/1J
Time: 5.30pm, September 27
Loss: RM265, 000


Bank: Affin Bank, Jalan Yong Shook Lin
Time: Undisclosed , September 27
Loss: RM303, 000


Bank: Al Rajhi Bank, Kota Damansara
Time: 12.46am, September 29
Loss: RM285,700


Bank: Al Rajhi Bank, Wisma Metro Kajang
Time: 12.46am, September 29
Loss: Yet to be determined


Bank: Al Rajhi Bank Kelana Jaya
Time: 12.46am, September 29
Loss: Yet to be determined


Bank: Al Rajhi Puchong
Time: 1.12am, September 29
Loss: Yet to be determined


Bank: Al Rajhi Bank, Section 9, Shah Alam
Time: 12.30pm, September 29
Loss: RM116,000


Bank: Al Rajhi Bank, Jalan Raja Bot, Klang
Time: Undisclosed , September 29
Loss: RM150,000


Bank: Bank Islam, Section 14
Time: Undisclosed , September 29
Loss: RM 395,850


Bank: Bank Islam, Jalan PJU 5/5
Time: Undisclosed , September 29
Loss: RM: 221,160

Ia satu jarak yang jauh di antara semua lokasi. Sudah tentu penjenayah ini sudah biasa dengan lokasi-lokasi di Malaysia ini dan bukanya pertama kali datang dan terus serang. Mereka ini mungkin sudah lama berada di Malaysia dan mungkin sudah siap sedia untuk melalui lorong-lorong tikus ke sempadan.

Kalau aku nak tangkap penjenayah sudah tentu aku akan berfikir cara penjenayah berfikir. Kalau aku nak godam mesin ATM di Malaysia sudah tentu kena lepas laluan Imegresen. Aku tahu di bank mahupun di mesin ATM sendiri ada CCTV yang akan merakamkan wajah aku. Sudah pasti aku akan dicam oleh pengawal atau pegawai Imegresen jika mahu keluar dari negara Malaysia ini. itu satu masalah bukan? Tapi kalau kita lihat di Thailand berapa ramai orang yang keluar masuk secara haram? Berapa ramai? So caranya sudah tentu lebih mudah masuk ikut negara jiran dengan sah dan masuk Malaysia secara haram. Semua ini mungkin betul atau tidak tak tahulah aku macam mana cara kumpulan penjenayah ini.

Macam mana mahu bawak wang yang banyak itu bersama? Kalau 3 Juta tu satu jumlah yang besar. Kalau masuk dalam bag sudah tentu nampak berkepuk. Mereka ini berkumpulan dan tidak tahu berapa ramai ahli kumpulan ini. So mereka akan bahagi-bahagikanlah. Melalui transaksi bank tidak boleh sebegitu banyak kerana boleh dikesan oleh bank negara. Cara terbaik tukarkan kepada emas. RM300K cukup untuk emas lebih 200gram dan boleh disimpankan di poket baju. So agak-agak senang tak untuk dibawa?

Godam ATM

Godam ATM

Godam ATM



Di bawah merupakan satu cara yang jelas bagaimana sesebuah mesin ATM itu mampu digodam.






Quote:
Trojan Backdoor.Padpin diguna godam ATM


KUALA LUMPUR : Sejenis virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram.

Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.

Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan.

Menurut syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

"Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula

"Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang," menurut kenyataan Symantec Corporation.

Sumber dari: Bharian