Aku tak faham kenapa secara tiba-tiba ada konflik dalam parti PKR yang mahukan TSK berundur sebagai MB selangor. Sepanjang pemerintaha...

Wan Azizah dijangka ambil alih jawatan MB Selepas Raya

wan azizah

Aku tak faham kenapa secara tiba-tiba ada konflik dalam parti PKR yang mahukan TSK berundur sebagai MB selangor. Sepanjang pemerintahan TSK aku dapat rasakan rakyat Selangor sungguh bersyukur dapat menerima pelabagai kemudahan subsidi. Lagi diberi bonus hari raya kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri sebanyak 1 bulan gaji. Apa masalahnya disini sampai didesak oleh ahli-ahli parti? Cara TSK mentadbir Selangor seperti sebuah syarikat koporat.

Siapakah yang lebih layak sebagai Menteri Besar Selangor?


 Korang tahukan TSK ini mempunyai pengalaman professional sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kemudian, beliau melangkah ke arena korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51% syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003. Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

So nampak tak situ TSK ini memang pandai mengambil kira untung dan rugi dana-dana selangor.Seperti CEO yang tegas dalam memerintah dan menguruskan perbelanjaan negeri Selangor.Bukan cara ahli politik

Aku ada dengar khabar angin dari kontraktor-kontraktor untuk projek-projek di Selangor. Dahulu semasa dipegang oleh BN nilai untung projek yang diterima adalah besar. Tapi sekarang sudah berbeza dimana harga ditawar oleh kerajaan sendiri. Sebagai contoh kalau RM100K untuk seluruh kos projek maka mungkin kerajaan selangor akan meminta harga RM95K dimana hanya cukup-cukup makan saja. Jika Syarikat kontraktor tidak mahu maka Kerajaan akan blacklist syarikat tersebut dan cuba mengambil kontraktor lain. Itu khabar angin sahaja. Sebab apa, dulu ramai kontraktor lepak kat kedai kopi di Kuala Selangor. Sekarang satu-satu lenyap menghilangkan diri aku tengok.  Err..sebenarnya aku orang Kuala Selangor satu kampung dengan TSK. hehehe

Mari kita tengok Wan Azizah pula, apa pengalaman professionalnya, Dia jadi ahli politik selepas suaminya masuk penajara dan menuntut keadilan dari rakyat untuk membela nasib suaminya. Itu jer..

So mana satu agak-agak nanti yang mudah untuk dibonekakan? 

Adakah PKR berani bertanyakan kepada rakyat siapa yang layak untuk memegang jawatan  MB besar Selangor


Quote:
PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Jika Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang mengisi tampuk menteri besar, beliau adalah di antara dua pemimpin wanita PKR yang memegang jawatan exco negeri dalam kerajaan Selangor.

Selain Wan Azizah, penyandang timbalan presiden Azmin Ali juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Mekah.
Sumber dari: Mkini