MAS sudah beberapa kali diberitahu menghentikan penyediaan arak di dalam pesawat. Bukan dalam pesawat sahaja, dekat lounge atau mana-m...

MAS Ditegur Henti Penyediaan Arak

peramugari MH17

MAS sudah beberapa kali diberitahu menghentikan penyediaan arak di dalam pesawat. Bukan dalam pesawat sahaja, dekat lounge atau mana-mana jua pun haram memberi arak. Pakar agama dah cakap berapa kali dah , itu pun tidak mahu dengar sampai keluar di media lagi. Ini bukan soal politik ke ape , ini soal keselamatan dunia dan akhirat. Takkan kerajaan pun masih tidak faham dan masih mahu bersubahat.

Tak serik-serik lagi ke dari MH370 kini MH17 sudah di beritahu. Bila dah terjadi sibuk panggil uztad atau tok imam doa solat itu ini bagai seluruh negara. Tetapi nasihat yang baik tidak diambil peduli. Bawaklah beringat-ingat sikit, kalau yang minum tu kena sorang diri takpelah, ini kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Boleh rugi ke MAS kalau tiada arak dalam penerbangan.? Berapa ramai yang kaki mabuk telah mati dalam penerbangan kalau tak dapat minum arak. Diorang kalau nak minum pun pegi la cari sendiri bila dah sampai ke destinasi. Yang dok syok support air kencing iblis setan kat diorang tu buat ape?




peramugari MH17

Isu aurat pula bagaimana? Kenapa nak kena free hair, belah peha, baju ketat tersembul sana sini dan seksi meksi kalau nak jadi peramugari. Tak boleh ke cara berpakaian mengikut islamic compliant?  Kita tengok Iran yang di kutuk sebagai negara syiah sesat. Pandai pulak yang syiah ni tutup aurat dalam etika berpakaian untuk peramugarinya. Apa tak boleh ikut ? susah sangat ganti semuanya kepada peramugara habis cerita.

peramugari MH17

MAS Ditegur Henti Penyediaan Arak
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Quote:
MAS disaran lagi henti hidang arak

SHAH ALAM – Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System (MAS) sekali lagi ditegur agar menghentikan penyediaan arak di dalam pesawat.

Teguran itu dibuat Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin melalui kemas kini status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Perlis membangkitkan persoalan-persoalan tentang cadangan memberhentikan penjualan arak dalam pesawat yang sudah lama dibangkitkan.

“Banyak keputusan yang kerajaan kita buat yang kadang-kala merugikan negara berpuluh dan beratus juta (ringgit).

“Walaupun keputusan sebegitu dibuat atas alasan tertentu. Tidak bolehkah, sejak sekian lama rungutan dan cadangan agar kerajaan menamatkan perkhidmatan arak dalam MAS dilaksanakan?,” tulisnya.

Beliau mengulang kembali cadangan ini selepas meyuarakannya ketika insiden MH370, Mac lalu.

“Berapa kerat manusia yang tidak mahu naik kapal terbang kerana tiada arak? Berapa kerat manusia yang tidak boleh ‘travel’ jika tidak dalam keadaan 'tipsy'?

“Masa MH370 saya telah cadangkan hal ini. Ini MH17, saya mohon cadangkan kepada kerajaan sekali lagi. Hentikan arak dalam MAS moga kita dirahmati ALLAH,” katanya.
Sumber dari: Sinar