Masing-masing tak nak kalah dengan bonus raya tahun ini. Sudah menjadi tradisi bila mahu menjelang raya saja pasti akan menerima bonus s...

Pulau Pinang Beri Bonus Hari Raya Aidilfitri

pulau pinang beri bonus hari raya aidilfitri

Masing-masing tak nak kalah dengan bonus raya tahun ini. Sudah menjadi tradisi bila mahu menjelang raya saja pasti akan menerima bonus setiap tahun. Baru sahaja Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat mengumumkan bonus hari raya aidilfitri. Kini giliran Kerajaan Pulau Pinang pula memukul canang tak nak mengalah dengan pemberian bonus raya pada seluruh kakitangannya. Woww..setengah bulan gaji akan diberikan atau paling minimum RM600.
Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada mereka yang menerima bonus. Kalau yang bergaji besar tu untung lah. Mana tidaknya kalau dah gajinya RM 6000 dah tentu dapat RM 3000 bonus. Masyuk tu dapat gaji plus bonus dah RM 8000. Kalau di kira-kira kerajaan Selangor memberikan pemberian bonus yang paling tinggi kepada seluruh kakitangannya setakat ini iaitu sebulan gaji
Quote:
GEORGE TOWN: Penjawat awam kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena sambutan Aidilfitri ini.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Jumaat.

"Pembayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.
Sumber dari: Mstar


Bagaimana pula dengan Kerajaan negeri-negeri lain? tidak mahu pukul canang juga ke bagi bonus raya.