SIKAP murah hati warga kota yang tidak bertempat menjadi punca kegiatan pengemis sukar dibendung. Memang sudah menjadi lumrah sikap pem...

Orang Awam Digalakkan Bersedekah RM150 Kepada DBKL

DBKL denda rm150 peminta sedekah
SIKAP murah hati warga kota yang tidak bertempat menjadi punca kegiatan pengemis sukar dibendung.

Memang sudah menjadi lumrah sikap pemurah memang sudah sebati dengan warga kota Kuala Lumpur. Bukan warga kota Kuala Lumpur sahaja malah sikap pemurah ini sudah sebati dikalangan seluruh warga Malaysia.

Niat orang awam dengan rasa simpati hanya untuk bersedekah seringgit dua kepada si peminta tetapi akan dihalang dengan pegawai peminta sedekah. Mereka ini adalah pegawai yang terlatih yang akan memaksa orang awam untuk bersedekah RM150 kepada mereka. Jangan bimbang dan jangan kuatir kerana mereka akan menyalurkan wang sedekah yang diterima kepada golongan fakir miskin.

Sanggup tak kalau korang kena sedekah RM150? Kalau aku yang terkena aku sanggup jer bayar dengan syarat resit yang diberikan itu bukanlah ditulis sebagai denda atau kompaun. Tetapi patut di tulis sebagai sumbangan ikhlas ke atau bantuan amal ke..mudah bukan?. Sebab DBKL sendiri menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan fakir miskin.

Kemudian dengan resit-resit yang diterima selepas terpaksa menderma kepada DBKL itu kita boleh claim balik dengan kerajaan. Dah dapat rebat cukai pendapatan di situ.
Quote:
KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar bandar raya ini yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.

Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut.

“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.
Sumber dari: kosmo

Ada segelintir peminta sedekah itu penipu. Mereka ini menipu dengan pelbagai teknik. Tetapi ada diantara mereka benar-benar dalam kesusahan.

Sepatutnya DBKL menyediakan tempat khas kepada insan-insan yang dalam kesusahan ini sejak dari dulu lagi. Kalau kata untuk benteras sidikit pengemis nie bertindaklah dengan segera. Bukannya bertindak kepada orang awam untuk bersedekah kepada DBKL dah la RM150 pulak tu.

Orang yang pemurah nak bagi makan pada golongan gelandangan takkan tak boleh.? Berapa juta setahun kutipan segala cukai yang DBKL telah kutip.?? Takkan masih tidak mampu mengharap derma paksaan dari orang awam?

Menteri oh Menteri...DBKL oh DBKL..dimanakah letaknya moral?