Amirul menunjukkan surat sokongan dan permohonannya bagi mengeluarkan wang KWSP untuk menyambung pelajaran. Seorang lelaki yang berkerj...

KWSP hancurkan harapan impian sambung belajar

KWSP hancurkan harapan impian sambung belajar
Amirul menunjukkan surat sokongan dan permohonannya bagi mengeluarkan wang KWSP untuk menyambung pelajaran.

Seorang lelaki yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan telah berhasrat untuk menyambung pejalaran separuh masa di IPTA telah kecewa kerana gagal menguluarkan wang KWSP akaun 2 nya. Ini secara tidak langsung telah mematahkan semangatnya untuk meneruskan pelajaran kerana tidak mempunyai wang yang cukup bagi menampung kos pengajian.
Aku masih tidak faham dan kecewa kenapa susah sangat untuk mengeluarkan wang dari KWSP meskipun telah cukup segala syarat untuk melakukan pengeluaran. Mamat ni sudah ada minat untuk belajar tetapi mengapa dihalang?. Mungkin dia nak sambung belajar tu sebagai syarat untuk kenaikan pangkat kerana kita semua tahu sekarang ini zaman kenaikan harga dan kos sara hidup semakin tinggi kenalah buat sesuatu.

Dalam risalah KWSP untuk tujuan pengeluaran pendidikan dari akaun kedua telah menyatakan ahli boleh mengeluarkan wang untuk menyambung pengajian. Korang boleh lihat di bawah ini.
So mana silapnya? Kalau ia adalah kursus profesional memang boleh di pertimbangkan seperti yang telah dinyatakan.
KWSP hancurkan harapan impian sambung belajar

Untuk lebih lanjut lagi boleh baca di bawah



Apa pun aku harap mamat ini tidak berputus asa dan berusaha untuk menyambung pelajaran. Harap pihak KWSP boleh mempertimbangkan harapan golongan ini.

KWSP hancurkan harapan impian sambung belajar

Mamat ni pun dengan beraninya tidak teragak-agak mengetengahkan isu ini kepada Khairy

Quote:
Impian sambung belajar punah


Kuala Lumpur: Impian tiga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melanjutkan pelajaran terbantut apabila permohonan mereka mengeluarkan wang simpanan pekerja (KWSP) ditolak dan mendakwa tanpa alasan munasabah.

Seorang penuntut terbabit yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Petroleum, Amirul Rahim, 30, mendakwa membuat permohonan mengeluarkan wang caruman KWSP bagi membiayai yuran pengajiannya.


Menurutnya, permohonan dibuat pada awal Jun lalu selepas mereka menerima surat sokongan daripada pihak universiti.

“Diploma Eksekutif ini ditawarkan kepada golongan individu yang bekerja dan mahu mengikuti pengajian itu secara separuh masa selama dua tahun.


“Kami sudah memulakan pengajian sejak Februari lalu dengan yuran pendaftaran RM5,000 manakala bakinya RM15,000 dibayar melalui wang KWSP seperti disarankan pihak IPTA,” katanya.


Amirul berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dua kali permohonannya ditolak pihak KWSP melalui jawapan dikirimkan melalui SMS.

“Saya kemudian merujuk ke ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut di sini, untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung penolakan itu.


“Pegawai KWSP terbabit memberi alasan permohonan itu ditolak berikutan kursus yang saya ambil tidak sesuai dengan pengalaman kerja sebelum ini,” katanya.

Dia bagaimanapun pelik berikutan perkara itu tidak menjadi isu ketika dia menghadiri sesi temu duga bersama pihak IPTA berkenaan.


Katanya, akibat gagal membayar baki yuran itu, dia dan dua rakannya tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.


“Apabila saya persoalkan perkara ini, mereka hanya menjawab ia prosedur dan tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan permohonan saya mempunyai bukti kukuh dan bukannya daripada IPTA tidak berdaftar.


“Permohonan saya itu disertakan bersama surat tawaran, surat sokongan IPTA dan majikan selain salinan kad pelajar,” katanya.


Menurutnya, tindakan KWSP menyekat hasrat mereka melanjutkan pengajian mungkin menyebabkan mereka menamatkan pengajian akibat masalah kewangan.


Sementara itu pihak KWSP yang dihubungi menjelaskan setiap pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang bagi pembayaran yuran pengajian perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan untuk setiap jenis pengeluaran mereka.


Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP Ahmad Fauzi Kamarudin berkata, terdapat dua syarat ditetapkan bagi ahli yang mengikuti pengajian diploma eksekutif atau diploma profesional di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


“Dua syarat berkenaan adalah mempunyai sekurang-kurangnya tiga kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dengan pengesahan majikan yang menyatakan tempoh perkhidmatan dan jawatan pekerja,” katanya.


Beliau berkata, semakan terhadap tiga penuntut itu mendapati mereka gagal memenuhi syarat pertama ditetapkan.


“Meskipun penama mempunyai pengalaman bekerja tujuh tahun, namun permohonan beliau tidak dapat dipertimbangkan kerana kredit yang diperoleh dalam peperiksaan SPM kurang daripada syarat,” katanya.


Bagaimanapun ahli boleh membuat rayuan sekiranya permohonan kali pertama mereka ditolak. Semakan juga boleh dibuat di kaunter bagi mengetahui maklumat lanjut.
Sumber dari: Metro