Samba menjadi hambar, Samba menjadi hampa, Samba menjadi sambal lunyai dikerjakan oleh Germany. Itulah hangat yang diperkatakan sekar...

Germany vs Brazil (7-1) Highlights

germany vs brazil

Samba menjadi hambar, Samba menjadi hampa, Samba menjadi sambal lunyai dikerjakan oleh Germany. Itulah hangat yang diperkatakan sekarang dengan kegagalan Brazil untuk ke peringkat akhir Worldcup dengan kekalahan yang memalukan oleh puak Germany.
Rekod dalam sejarah 7-1 tu..aku ulang sekali lagi 7 gol telah disumbatkan ke gawang Brazil. Memang aku sudah ramalkan Brazil akan kalah disebabkan ketiadaan key playernya iaitu Neymar dan Thiago Silva. Tetapi takkan laa ketiadaan dua orang tu boleh kalah sampai macam nie. Brazil adalah pasukan yang hebat di dalam seluruh acara dunia di dlaam arena bola sepak dan telah di ayam-ayam kan oleh pasukan Germany seperti sebuah pasukan underdog. Apa tidaknya selepas awal gol pertama yang dijaringkan oleh Mueller, 4 gol berikutnya bertubi-tubi di sumbat Germany. Apa tidaknya baru saja aku nak ke dapur menambah air Germany mendapat jaringan gol. Lepas tu baru aku nak bancuh air dan tambah makanan sahur Germany sumbat sekali lagi gol dan gol-gol seterusnya tanpa henti.


Germany 7-1 Brazil Highlights
[ 2014 World Cup - Semifinal ]
11′ 0 – 1 Thomas Mueller
23′ 0 – 2 Miroslav Klose
24′ 0 – 3 Toni Kroos
26′ 0 – 4 Toni Kroos
29′ 0 – 5 Sami Khedira
69′ 0 – 6 Andre Schuerrle
75′ 0 – 7 Andre Schuerrle

Di Bawah aku himpunkan segala video highlight merata aku kutip untuk tatapan korang. Kalau kena block tak dapat tengok tu faham-faham jerlah..

BBC Extended Highlights: (English 16 minutes)





Extended Highlights (Russian Commentary 11 Minutes)




ALL GOALS VIDEO (Arabic Commentary)



Selepas habis game saja aku sambung tidur untuk seketika malangnya aku celik balik jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Sorry bos..xdapat datang keje hari ini ..