Kini wujud arnab spesis yang pelik. Namanya Ida, tetapi bukan nama penuhnya Ida Narina. Hanya Ida sahaja. Arnab ini mempunyai bulu yang ...

Arnab Bernama Ida Miliki Bulu Terlalu Tebal Macam Kekabu

arnab berbulu lebat

Kini wujud arnab spesis yang pelik. Namanya Ida, tetapi bukan nama penuhnya Ida Narina. Hanya Ida sahaja. Arnab ini mempunyai bulu yang lebat gila tu.. mengalahkan bulu kambing biri-biri. Sebelum ini Arnab dibela hannya kerana dagingnya yang sedap dan lembut dan boleh di buat satay.
Tetapi, oleh kerana sudah ada arnab berbulu lebat ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu dalam industri tekstile atau fabrik. Sebelum ini sudah wujud sos chili cap arnab dan mungkin selepas ini pula ada la kain cap arnab.

arnab berbulu lebat

betty chu arnab berbulu lebat


Quote:
SAN JOSE - Seekor arnab baka Angora Inggeris dipercayai memiliki bulu arnab terpanjang di dunia, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.

Arnab betina yang diberi nama Ida itu mempunyai bulu sepanjang 25.4 sentimeter.

Haiwan itu dibiak dan dipelihara oleh seorang wanita Betty Chu yang merupakan profesor emeritus di Universiti Negeri San Jose, di sini, dalam negeri California.

Baka Angora Inggeris popular dalam kalangan peminat arnab kerana haiwan itu memiliki bulu yang panjang dan lembut.

Chu menggunakan gunting untuk memotong bulu arnab tersebut dan tidak pernah mencederakan haiwan peliharaannya.

Bulu arnab itu tumbuh pada kadar 2.54 sentimeter sebulan manakala Chu menggunakan bulu yang dipotong itu untuk membuat skarf , topi dan sarung tangan. - Agensi
Sumber dari: Kosmo