Lagi berita terbaru yang aku terima dari pelbagai sumber di internet seperti wassap, FB, laman berita, dan macam-macam sumber lagi menga...

Pesawat MAS Boeing 777 MH370 yang hilang terhempas di Selat Melaka?


Lagi berita terbaru yang aku terima dari pelbagai sumber di internet seperti wassap, FB, laman berita, dan macam-macam sumber lagi mengatakan bahawa pesawat penumpang itu telah terhempas di Selat Melaka.
Bagi aku semua ini ada kemungkinan dan tidak mustahil. Ini kerana pada awal kehilang dari sistem trafik udara atau GPS dikatakan pesawat itu hilang di perairan Laut China Selatan bersempadan antara Malaysia dan Thailand. Dari sumber berita lagi mengatakan bawaha pesawat itu menunjukkan berpatah balik.


So mari kita kira-kira disini, kebiasaannya pesawat besar ini Boeing 777 mempunya kelajuan antara 700-900km/j. Katakan kelajuan penerbangan ialah 800km/j (mengikut pengalaman aku ketika menaiki pesawat jenis ini), ia memerlukan masa 30 minit untuk merentas semenanjung Malaysia yang jaraknya antara 300-400km dengan ketinggian berpuluh ribu kaki pada ketika itu. Minyak pesawat boleh bertahan selama 7 jam dan kesimpulan yang dapat diberikan dari aku sendiri kemungkinan pesawat telah terhempas pada hari pertama hilang tetapi di kawasan yang berlainan.


Apa yang berlaku pasukan khas pencari dan penyelamat telah tertumpu pada kawasan kehilangan pesawat dari radar atau GPS tetapi tidak mengambil kira jangka masa yang diambil oleh pesawat dengan kelajuan sebelum terhempas.

Untuk pengetahuan korang semua aku telah pergi ke lokasi kehilangan pesawat itu dari radar/GPS dan telah berada disana hampir 4 hari tetapi tiada apa yang boleh dijumpai. Aku mengharapkan kalau-kalau ada objek-objek yang terapung di permukan air pada ketika itu.


Memang tidak berhenti-henti pasukan pencari dan penyelamat berlegar-legar di udara tanpa henti pada ketika itu. Segala pernerbangan helikopter untuk pekerja pelantar minyak telah di hentikan untuk sementara selama seminggu bagi mengelakkan berlaku halangan di udara.



Punca kemalangan umum tahu ada banyak faktor yang boleh di buat spekulasi hinggakan media barat mengatakan keselamatan di Kokpit pesawat MAS terlalu longgar hinggkan ada penumpang boleh sampai ke kokpit pesawat. Bagi aku itu semua tidak betul, sebab kadang-kadang ada penumpang dapat ke kockpit pesawat kerana kebetulan hari itu adalah hari lahirnya. Sebab kawan baik aku sendiri penah dilayan sampai begitu sekali hinggakan dapat duduk di kokpit pesawat sehingga akhir penerbangan.

Mari kita ambil kira keadaan cuaca, Kawan-kawan sekarang ini musim kemarau jerebu sana sini. Aku duduk di laut disiang hari di kawasan kejadian. Mana ada ribut petir pun. Naik hitam muka aku ada la.

Nak kira enjin gagal ada besar kemungkinan jugak sebab pesawat lama dan biasalah kecuaian manusia memang ada kemungkinan berlaku.

Hijack atau aktiviti pengganas? Yang ini aku tolak sebab sistem keselamatan sebelam menaikki pesawat adalah amat ketat. Juga sistem Imigresen pengenalan passport juga boleh dikatakkan ketat. Kes ada penumpang guna pasport palsu dan di cop pengganas tu bulat-bulat aku tolak.
Sebab apa aku tolak, sebab berita cakap orang ARAB.. gila apa lepas nie susah pelancong arab nak datang ke Malaysia bercuti. Seperti ada pihak lain ingin menghalang urusan diplomatik yang aman dengan negara Islam yang lain. Aku rasa ada kemungkinan dan rancangan jahat untuk mengeruhkan keadaan.

Quote:
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat itu terbang pada ketinggian 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari paras laut.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Ia turut menjelaskan tumpuan aktiviti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang kini digerakkan ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

Bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa masih tidak pasti lokasi sebenar untuk menjalankan operasi dan menyelamat dan tidak menjelaskan nasib sebenar yang menimpa pesawat berkenaan.

Arah dan tujuan sebenar pesawat berkenaan juga masih belum dapat dipastikan.

Sekiranya pesawat misteri itu sememangnya penerbangan MH370, maklumat baru ini menunjukkan ia meneruskan penerbangan selama 45 minit selepas menukar haluan dari lokasi terakhir di ruang udara Vietnam.

Kedudukan 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang mungkin meletakkan pesawat tersebut di kedudukan selatan Phuket.

Indonesia dan Thailand sebelum ini menyatakan bahawa pasukan tenteranya tidak mengesan sebarang pesawat aneh di ruang udara mereka.
Sumber dari: Malaysiakini

Aku ucap takziah kepada seluruh keluarga krew dan penumpang yang terlibat dengan tragedi ini. Semoga mereka yang berada dalam tekanan perasaan dapat bersabar dengan apa yang telah di takdirkan. Pada yang muslim banyakkan mengucap , ingat pada tuhan banyak-banyak. Bagi bukan non-muslim ikutlah pada cara agama masing-masing supaya bertenang dan tidak bertindak mengikut perasaan.