Anwar bersama isteri Datin Seri Wan Azizah tiba di Istana Kehakiman bagi pendengaran rayuan kes liwatnya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pa...

Anwar Dihukum Penjara Lima Tahun VS MH370

Anwar bersama isteri Datin Seri Wan Azizah tiba di Istana Kehakiman bagi pendengaran rayuan kes liwatnya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Jumaat. - fotoBERNAMA

Kali ini berita DSAI di jatuhi hukuman seperti berita di dalam kelambu kerana kecoh dengan berita kehilangan pesawat penumpang MAS Boeing 777 MH370 ketika penerbangan dari Malaysia ke China.


Dah nasib ko la DSAI. Takde rezeki untuk menang..pasukan penyokong ko pun dah beralih perhatian dengan isu yang lebih penting ..ikutkan jer lah undang-undang. Mungkin DSAI dah lali dengan hukuman penjara nie..kena dengan ISA lagi.. Maklumlah dulu pun dah kena sekali dengan Mahathir dan dicampur lebam di mata yang dikatakan kena tumbuk dengan Bekas Ketua polis negara Rahim Nor ketika itu pada tahun 1998.


Mungkin tahun ini nasib tidak menyebelahi buat DSAI. Ditambah lagi kontrovesi kemelut rumah tangga anaknya Nurul Izzah.

Dalam dunia politik macam-macam permainan dan silap matanya. Korang jangan percaya bulat-bulat pada sesuatu berita. Malaysia ialah negara demokrasi dan siapa yang banyak modal yang boleh menguasai.

Korang boleh semak balik semua kronologi kes DSAI dengan tak henti di sini>> http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_liwat_Anwar_Ibrahim_II .

Punyalah lama kes ini berjalan dan sepanjang kes ini di ulang-ulang tidak berhenti-henti dan lama pulak tu ..agak-agak korang pihak mana yang untung.? Nie aku senaraikan..

1. Peguam
2. Syarikat Surat Khabar.
3. Berita di TV
4. Blog dan Web
5. Photografer
6. Anwar
7.Saiful

Kalau nak listkan panjang nih..so korang fikir dan carik sendiri..hehehe
Quote:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah itu mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga anggota mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.

Hakim Balia memerintahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membayar jaminan itu Isnin ini sebelum 11 pagi.

Semasa prosiding pada Jumaat, mahkamah diganggu oleh penyokong Anwar yang membuat bising dan menjerit dalam mahkamah menyebabkan Hakim Balia memberikan amaran kepada mereka agar berhenti berbuat demikian.

Semasa membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Hakim Balia berkata panel sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Peguam mewakili Anwar, Karpal Singh ketika ditemui pemberita kemudiannya, berkata dengan keputusan itu, Anwar tidak layak mengemukakan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada Selasa ini - BERNAMA
Sumber dari: Mstar