Sudah lama aku tidak membuat "post" di blog aku nie. Hampir 3 minggu aku berada di lautan kerana terpaksa menjadi bidan terju...

Penemuan Sumber Gas Asli di Perairan Sempadan Malaysia (Kelantan) - Thailand

 
 Sudah lama aku tidak membuat "post" di blog aku nie. Hampir 3 minggu aku berada di lautan kerana terpaksa menjadi bidan terjun menyertai kempen explorasi mencari sumber tenaga bahan bakar.



Ekspedisi kali ini aku telah di terbangkan dari lapangan terbang Kertih dengan menaiki pesawat helikopter super puma. Penerbangan telah mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke pelantar penggerudian. Dua kali aku terlentok ketika penerbangan yang pada awalnya aku sendiri tidak tahu ke arah mana aku telah di bawa .
Setelah tiba di pelantar penggerudian, aku telah di beri taklimat tentang selok belok kawasan pelantar tersebut. Kemudian mulalah aku menceburkan diri dengan kerja-kerja aku. Di pulau besi ini aku amat jarang untuk menggunakan kemudahan internet. Hanya bertanya kabar berita dari kelearga apa yang berlaku di darat.

Macam-macamlah aku dengar dan paling menyayat hati pada masa itu berita kes cikgu kena potong tangan dengan bapa murid. Pendek akal betul bapa murid tu dengan pemikiran yang tidak bertamadun. Ingat ini zaman spartan? Babarian? Viking? main potong ikut suka hati jer..macam-macam hal perangai orang sekarang nie.
So selama kerja-kerja di pelantar gerudi ini, suatu hari aku membuka smart phone aku untuk melihat dan mengetahui lokasi di mana aku sedang berada sekarang dengan menggunakan sistem GPS yang sungguh canggih.
Terperanjat aku apabila aku sudah berada di perairan Kelantan selari dengan Kota Bharu. Dalam masa lebih sejam ketika penerbangan dengan helikopter aku sudah dekat dengan Thailand.

Kalau korang nak tahu di perairan Kelantan telah banyak menemui sumber gas asli. Explorasi yang aku sertai itu pun sama, jumpa gas asli juga. Tekanan maksima yang terhasil dari telaga tersebut mencapai lebih 3000psi. Kadar gas yang terhasil adalah 1.00 MMSCF sehari pada tekanan telaga diantara 100-200psi. Setalah mendapat segala data yang diperlukan aku pun pulang dengan gembiranya. Mungkin suatu hari nanti kawasan itu akan dibangunkan pelantar untuk menyalurkan sumber gas asli yang diperlukan manusia.