Sudah menjadi lumrah siapa yang mahu dipandang tinggi dikenali ramai dan dihormati sudah tentunya seseorang itu melakukan sesuatu yang b...

RM748,000 bagi plat bernombor W1N adalah untuk manafaat rakyat

Sudah menjadi lumrah siapa yang mahu dipandang tinggi dikenali ramai dan dihormati sudah tentunya seseorang itu melakukan sesuatu yang banyak mendatangkan banyak kebaikkan dan manafaat kepada orang lain. Banyak cara yang boleh dilakukan jika mempunya wang dan harta yang banyak melimpah ruah dan salah satunya diantaranya adalah dengan membeli nombor.

Membeli nombor yang terbaik bunyi dan susunannya merupakan nombor VVIP yang dikatakan mustahil dibeli oleh orang kebanyakkan pada masakini. Ini disebabkan pembida-pembidanya adalah terdiri daripada orang atau syarikat yang berkedudukan tinggi.
 
Apa bagusnya nombor sebegini? Biasalah bila dah nombornya pendek 1 angka sudah tentu lah mudah diingati. Senang nanti sebab kereta-kereta orang kaya nie terlalu banyak, so kalau nombornya panjang sudah tentu sukar untuk diingati. Maklumla makin lama makin tua seseorang manusia itu, sudah tentu daya ingatan akan semakin merosot.
Selain itu orang akan respect siapa yang pakai nombor-nombor seperti ini , lebih-lebih lagi kalau tersebar diberita. Banyangkan kalau diatas jalan raya ada sebuah kereta dari belakang korang dengan nombor seperti ini., sudah tentu korang bagi laluan. Betul tak?
Kalau lah aku kaya raya sudah tentu aku akan dapatkan apa yang aku nak...huhuhu



Quote:
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berjaya memenangi tender nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM748,000.00.

Sultan Ibrahim yang dipetik New Straits Times bertitah, baginda tidak keberatan membayar RM748,000 untuk nombor yang paling diminati itu kerana menyedari jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Orang-orang akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan tuai," katanya dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Baginda juga menjelaskan telah membida nombor melalui saluran yang betul, iaitu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Beta diberitahu bahawa terdapat beberapa pembida yang berminat untuk W1N .

"Beta tidak keberatan membayar untuk nombor plat kerana tahu bahawa jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Beta bukan jenis yang melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu dengan cara beta. Ini adalah sifat orang Johor, membayar untuk apa yang dikehendaki kerana semua orang patut mempunyai peluang yang sama rata dan seperti kata pepatah, 'hanya orang yang terbaik menang'," jelas baginda.

Nombor plat W1N itu diletakkan baginda pada kereta model Proton Suprima S berwarna biru.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memenangi bidaan bagi nombor plat WWW 1.
Sumber dari: harakah