Hahaha..ini dah serupa gigolo la nie...dikatakan sewa lelaki untuk berlakon sebagai teman lelaki untuk menghadiri pertemuan atau makan...

TEMAN LELAKI UNTUK DISEWA


Hahaha..ini dah serupa gigolo la nie...dikatakan sewa lelaki untuk berlakon sebagai teman lelaki untuk menghadiri pertemuan atau makan bersama keluarga wanita kerana wanita tersebut terdesak dan tertekan sebab tekanan pertanyaan dari kedua orang tuanya. So untuk mengelakkan tekanan tersebut kena sewa lelaki dengan bayaran dan caj-caj tertentu yang tersangat merepek.

Bagi aku semua itu alasan untuk menjalankan sesuatu perniagaan kerana ada udang disebalik batu disitu. Itu baru di suruh berlakon jumpe orang tua. Kalau di suruh singgah hotel budget macam mana? Kena bayar jugakkan. As long dibayar sudah tentu si lelaki itu suka. Lebih-lebih lagi jantan hidung belang. 

Jangan bimbang akak-akak dan makcik makcik semua, ini adalah suatu permulaan dan tak lama lagi ada la laman web sesawang seperti ini di Malaysia. Tidak mustahil akan terjadi pada korang (wanita) yang bakal mendapat Playboy itu suami mu..atau Gigolo itu suami mu...hahaha

Quote:
Beijing: Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.

Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. 

Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari. 

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. 

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan. 

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan. 

Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing. 

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. 

“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya. 

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju. 

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.- Agensi
Sumber dari: Metro