Takziah Ahmad Busu a.k.a Mat Deris  pelakon drama sitkom popular pi mai pi mai tang tu yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.. ...

Hilangnya Lagi Seorang Lagenda Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Takziah Ahmad Busu a.k.a Mat Deris  pelakon drama sitkom popular pi mai pi mai tang tu yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah..

Aku sangat suka drama komedi pi mai pi mai tang tu kerana lawaknya yang matang. Ia adalah cerita komedi yang terbaik dan masih disukai ramai. Masih ingat lagi ceritanya dari zaman rumah setinggan hinggalah bertukar kepada flat seri wangi. Antara watak-watak utama yang sudah tiada sebelum ini adalah Maidin, Pak Busu dan Pak Uda


Quote:
Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok

PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.
Sumber dari: Mstar