Perghhh ...rugi aku tak pegi..aku sebagai pembayar cukai yang tegar kepada kerajaan Malaysia patut menghadiri konsert K-POP ini  tahun...

Wang Rakyat digunakan untuk Konsert K-POP secara besar besaran.


Perghhh ...rugi aku tak pegi..aku sebagai pembayar cukai yang tegar kepada kerajaan Malaysia patut menghadiri konsert K-POP ini  tahun lepas. Walaupun aku tak berapa tertarik dengan artis K-POP ini tapi "gua bayar ma"


Tapi tidak mengapalah benda dah nak jadi, takpa biarlah untuk PM Najib berhibur selagi dia ada hayat, orangnya pun sudah banyak berjasa untuk negara. Tidak salah rakyat membantu.


Mungkin inilah konsert yang aku miss

Boleh rujuk Laporan Audit halaman 376
Dari laporan Audit Negara 2012 >>Klik sini

Petikan PENAFIAN Kementerian Belia Dan Sukan persembahan K POP tahun lepas. - mStar
Quote:
KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First.

"Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya. BERNAMA
Sumber dari: Mstar


Lain kali bagitaulah awal-awal supaya aku boleh turut serta datang konsert tu. Janganlah asik menipu jer..tak baik tau..