Jumlah keseluruhan yang diperolehi bagi tempoh lima tahun adalah RM3.8 bilion, iaitu sekiranya dalam masa setahun, enam juta saman berjay...

Penyerahan operasi AES tambah keliru

Jumlah keseluruhan yang diperolehi bagi tempoh lima tahun adalah RM3.8 bilion, iaitu sekiranya dalam masa setahun, enam juta saman berjaya dilunaskan.

Contoh 1:
Pak Samad pada awalnya berkemampuan mengambil hasil sawitnya dari tanah seluas10 ekar. Bertan-tan setiap 2 minggu sawit di petik. Kini Pak Samad sudah tidak mampu lagi. Usianya kini melebihi setengah abad dan sudah tidak terdaya untuk keladang.

Lalu untuk menanggung kos hidup persaraannya lalu melantik tukang petik dan tukang pembersih ladang. Malangnya hasilnya tidak sama seperti dahulu 100% keuntungan untuk pak Samad,tetapi terpaksa dibahagi-bahagikan untuk hasil bersama kontraktor ladang.


Quote:
SHAH ALAM – Penyerahan Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengelirukan rakyat.

Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff berkata, pertukaran pengurusan AES itu, bukan jalan penyelesaian kepada isu ini.

Menurutnya, rakyat akan keliru sama ada perlu melunaskan saman di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau di balai polis.

“Ini akan menyebabkan, pemandu berkira-kira untuk membayar saman mereka.

"Tetapi jika mereka bayar pula, adakah duit itu akan diambil semua PDRM ataupun dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd masih mendapat pembayaran saman itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Operasi dan penguatkuasaan AES dikendalikan PDRM, berkuat kuasa serta merta di semua lokasi AES sedia ada.

Zulhazmi turut mempersoalkan mengapa kedudukan dua syarikat itu tidak dinyatakan dalam penyerahan dan adakah syarikat terbabit masih terlibat atau AES diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan.

“Jika benar perlaksanaan AES diambil alih sepenuhnya kerajaan, berapa wang pampasan diberikan kepada dua syarikat yang telah membelanjakan lebih kurang RM717 juta ketika waktu permulaan AES mahu dilaksanakan untuk tempoh lima tahun.

Justeru katanya, bagi tempoh lima tahun konsesi dan melalui model kewangan dipersetujui kerajaan, kedua-dua syarikat itu akan memperoleh RM3,848 juta iaitu RM769.6 juta setahun.

Beliau turut menggesa kerajaan mendedahkan butiran perjanjian AES itu supaya pengguna tidak lagi keliru dalam isu AES ini.
Sumber dari: Sinar

Contoh 2:
Mak kiah seorang peniaga makanan. Hari-hari dia mediakan pelbagai hidangan nasi dan lauk pauk kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pada awalnya dia hanya bergerak secara bersendirian. Oleh kerana terlalu ramai sambutan dari pelanggan dengan masakannya, maka Mak kiah terpaksa mengupah 2 orang pembantu. 2 orang pekerja indon telah bekerja bersama Mak Kiah untuk meringankan bebannya.
Oleh kerana perniagaannya penuh sambutan hangat dan maju. Maka mak Kiah menyerahkan tanggungjawab kepada 2 orang pekerja indonnya yang penuh berdedikasi dan banyak mendatangkan hasil.

Kini Mak Kiah bersenang lenang di rumah dan hanya menunggu untung hasil dari jualan 2 pekerja Indonnya. Pekerja Indon tersebut membesarkan empayar dengan menggunakan tiket lesen mak Kiah dan keuntungan hasil perniagaan di bahagi-bahagikan.

Moral nya di sini :
"If you need something you must do something"
Kalau nak ambil duit rakyat dari kerjaan,kenalah buat sesuatu rakyat.
So samalah dengan cerite AES ini. Yang bersenang lenang adalah JPJ dan PDRM kerana kerja-kerja dan tanggungjawab saman menyaman telah diserahkan kepada sebuah syarikat. Dan keuntungan akan dibahagi-bahagikan.

Untung Mereka, Rugi Rakyat