Muhyiddin Beri Jaminan Berhubung Pengambilan Guru Bahasa Inggeris Dari India KUALA TERENGGANU, 22 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Men...

Guru bahasa Inggeris dari India adalah yang terbaik


Muhyiddin Beri Jaminan Berhubung Pengambilan Guru Bahasa Inggeris Dari India


KUALA TERENGGANU, 22 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa cadangan pengambilan guru dari India untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia akan diteliti dengan terperinci.
Kementerian Pelajaran akan mengambil kira daripada pelbagai aspek bagi memastikan pengambilan guru itu bersesuaian dengan keperluan pendidikan di negara ini, katanya.

"Kita akan teliti apakah guru bahasa Inggeris dari India ini sesuai, ada kelulusan Cambridge atau Oxford (universiti) misalnya, boleh mengajar dengan baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pegawai pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini yang mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan pengambilan guru bahasa Inggeris dari India.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke New Delhi dua hari lepas, berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India.

Sumber dari: Utusan