Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis tu...

Pak Habib ditahan Polis kerana jual buku Setan, Syaitan, Sultan


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.


KUALA LUMPUR - Seorang penulis buku yang didakwa pernah menghina Sultan Johor ditahan polis pagi tadi ketika sedang berniaga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66.

Lelaki berusia dalam lingkungan 70 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis.

Pihak berkuasa turut merampas 13 buku.

Beliau kemudian dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC.

Difahamkan beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan.

Tiga bulan lalu, penulis berkenaan  ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya.

Turut ditahan rakan wanita penulis terbabit.

Sumber dari: Sinar








Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.