KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati terhadap pihak yang menyamar sebag...

Waspada individu menyamar pasukan kerja TNB



KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati terhadap pihak yang menyamar sebagai pasukan kerja TNB, berikutan satu kes samun di Johor Bahru oleh dua lelaki menyamar sebagai pekerja TNB baru-baru ini.

TNB berkata, pasukan kerjanya akan hanya memasuki halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad pekerja atau kad pengenalan diri yang dibekalkan syarikat berkenaan.

"Bagi anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa t-shirt berwarna merah dengan logo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja tersebut," menurut kenyataan TNB.

Pengguna diminta segera menghubungi pejabat TNB berdekatan sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB. - BERNAMA

Sumber dari: Berita harian