Saksi mendakwa pihak polis menembak lelaki yang tidak bersenjata daripada jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada ...

Polis tembak lelaki tak bersenjata?



Saksi mendakwa pihak polis menembak lelaki yang tidak bersenjata daripada jarak dekat dalam kejadian tembak menembak dekat Ampang pada 21 Ogos lalu.

Y Ilavarasen, 24, mendakwa D Dinesh, 26, yang meninggal dunia dalam kejadian di awal pagi itu tidak membawa sebarang senjata ketika keluar daripada kereta Proton Perdana putih yang ditahan dekat lampu trafik di Ampang Waterfront.


"Saya berada dalam kereta tidak jauh daripadanya dan boleh nampak daripada belakang," kata Ilavarasen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"(Polis) tembak daripada jarak dekat, atas dan bawah. Semua orang panik. Keadaan jadi kelam kabut dan tiada amaran, mereka juga tidak kenalkan diri sebagai polis. Mereka hanya menembak ke arah orang dan kereta."

Sumber dari: Malaysiakini