Senarai lebuhraya yang memberi diskaun dan rebat tol Sempena Aidilfitri 2012 : Senarai tol terlibat dan diskaun rebat.

Senarai Lebuh Raya Diskaun Tol Raya 2012



Senarai lebuhraya yang memberi diskaun dan rebat tol Sempena Aidilfitri 2012 :
Senarai tol terlibat dan diskaun rebat.



Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini.

"Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, " katanya.

Bagi Pengguna PLUS - SMARTAG / Touch N' GO Sahaja

"Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada Rabu dan Khamis, dan pada 22 dan 23 Ogos.

Shaziman berkata, bagi meraikan sambutan kemerdekaan pula,
Lebuh Raya Maju (MEX) dan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan tol percuma kepada pengguna bagi semua kenderaan pada hari berkenaan.

Katanya, 22 lebuh raya lain pula bersetuju memberi insentif berbentuk diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 30 peratus.