PUTRAJAYA: Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan memb...

Perogol remaja bawah umur dilepaskan!



PUTRAJAYA: Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.



Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Sumber dari: Mstar