PUTRAJAYA, 8 Ogos -- Selain kereta, penunggang motosikal juga turut menggunakan kaunter pandu lalu bagi menunaikan Rukun Islam keemp...

Kaunter zakat pandu lalu




PUTRAJAYA, 8 Ogos -- Selain kereta, penunggang motosikal juga turut menggunakan kaunter pandu lalu bagi menunaikan Rukun Islam keempat iaitu membayar zakat fitrah sempena Ramadan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan kaunter pandu lalu bagi memudahkan dan mempercepatkan orang ramai melakukan urusan pembayaran zakat fitrah. Kaunter pandu lalu ini yang pertama diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdekatan Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini. Langkah itu adalah inspirasi yang diperkenalkan oleh Imam Besar, Hazaruddin Baharuddin.

Kaunter dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 5.30 petang kecuali pada hari Jumaat. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan harga zakat fitrah sebanyak RM7 seorang pada tahun ini.