DUBAI - Kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) berlanggar dengan kapal minyak milik Jepun di Selat Hormuz dekat, awal semal...

Kapal pemusnah AS langgar kapal minyak Jepun




DUBAI - Kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) berlanggar dengan kapal minyak milik Jepun di Selat Hormuz dekat, awal semalam.



Tiada kemalangan dilaporkan dalam kejadian itu, yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan, membabitkan kapal USS Porter dan M/V Otowasan, kata Tentera Laut dalam satu kenyataan.

Tentera Laut tidak memberi sebarang maklumat lanjut mengenai insiden itu, tetapi menjelaskan ia tiada kaitan dengan tindakan ketenteraan.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan.

Kenyataan itu menambah, kerosakan USS Porter sedang dinilai, tetapi mampu untuk bergerak sendiri.

USS Porter mengendalikan operasi keselamatan perairan.