Diakhir laporan ini anda akan menyaksikan satu video yang memaparkan tangisan dan pelukan isteri seorang Perdana Menteri yang benar-bena...

Eksklusif! Isteri Perdana Menteri lawat Kem Pelarian Rohingya di sempadan Burma

 Diakhir laporan ini anda akan menyaksikan satu video yang memaparkan tangisan dan pelukan isteri seorang Perdana Menteri yang benar-benar meruntun jiwa..



Jumaat lalu Isteri Perdana Menteri yang ditemani oleh Menteri Luar telah melawat ummat Islam Rohingya yang menjadi pelarian dan kini tinggal di Kem Pelarian Banduba di pinggir negeri Rakhine, Myanmar.

Sehingga kini dilaporkan terdapat seramai 8,532 orang pelarian yang berlindung dalam 801 khemah yang disediakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Kem tersebut.

Selain dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ini adalah bantuan negara asing pertama yang diedarkan kepada pelarian yang memerlukan di sini.