KUALA LUMPUR: Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah selepas diserang peniaga mercun dalam kej...

Amukan peniaga mercun, 3 penguat kuasa DBKL cedera dibelasah di Jalan TAR



KUALA LUMPUR: Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah selepas diserang peniaga mercun dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, tiga penguat kuasa itu bersama empat rakan membuat rondaan di sekitar lokasi kejadian sebelum melihat seorang peniaga mercun yang beroperasi di kawasan tidak dibenarkan.
Mangsa, Hanafi Abd Manaf, 48, menerima lebih 20 jahitan di dahi dan patah dua batang gigi.

Manakala, dua rakannya, Anuar Jusof cedera di badan dan menerima lima jahitan di dahi kiri manakala seorang lagi patah hidung.

Hanafi berkata, sebelum kejadian dia bersama enam rakan membuat rondaan menegur peniaga berkenaan supaya menutup premis kerana berniaga di kawasan laluan kenderaan.

Sumber dari: Metro