PUTRAJAYA: Jose Mourinho, ketua jurulatih kelab bola sepak tersohor Sepanyol, Real Madrid, membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri, D...

PM Terima Kunjungan Jurulatih Real Madrid Jose Mourinho



PUTRAJAYA: Jose Mourinho, ketua jurulatih kelab bola sepak tersohor Sepanyol, Real Madrid, membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.


Mourinho, yang dianggap salah seorang jurulatih terbaik sepanjang masa, tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 3 petang dan dibawa ke Pejabat Perdana Menteri di Aras Lima.

Beliau berada di Malaysia untuk lawatan singkat selepas menerima jemputan khas oleh hartawan Singapura, Peter Lim, bagi menghadiri satu acara berkaitan dengan Yayasan Olimpik Singapura-Biasiswa Peter Lim di republik itu pada Khamis.

Sahabat Lim, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hos kepada lawatan jurulatih tersebut ke Kuala Lumpur.

Mourinho merupakan penerima pertama Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA pada 2010. - BERNAMA