Bos AirAsia Tony Fernandes berkata, kegagalan penggabungan dengan Malaysia Airlines (MAS) melegakan kerana ia membolehkannya memfokuska...

AirAsia 'lega' penggabungan dengan MAS tak berjaya



Bos AirAsia Tony Fernandes berkata, kegagalan penggabungan dengan Malaysia Airlines (MAS) melegakan kerana ia membolehkannya memfokuskan kepada industri penerbangan murah yang berkembang pesat.


Katanya, bantahan besar kesatuan sekerja MAS memberikan maksud syarikat itu mempunyai masalah mendalam untuk diselesaikan.

Saya tidak lagi ambil pil darah tinggi apabila rancangan pertukaran saham tidak diteruskan," katanya kepada The Edge, seperti dipetik AFP.

Ulasannya muncul dua hari selepas AirAsia mengumumkan penubuhan pusat perancangan strategik di Indonesia, jauh daripada pejabatnya di Malaysia, dengan Fernandes dijangka mengepalai pengembangan operasi serantau di sana.

Ogos tahun lalu AirAsia bersetuju membeli 20.5 peratus MAS bawah penggabungan strategik.

Bagaimanapun ia tidak diteruskan atas bantahan hebat kesatuan sekerja yang bimbang terdapat kakitangan kehilangan kerja dalam usaha mengurangkan kos.

Sumber dari: Malaysiakini