Subhanallah.. Sejak dua menjak sebelum ini kerap pulak berlaku bencana puting beliung ni. Sebelum ini kecoh di kawasan pandamaran Klan...

Puting Beliung Besar Di Sabak Bernam


Subhanallah.. Sejak dua menjak sebelum ini kerap pulak berlaku bencana puting beliung ni. Sebelum ini kecoh di kawasan pandamaran Klang, Kedah dan Johor. Aku sendiri pernah nampak fenomena seperti ini di lautan. Dari permukaan laut sampai ke langit aku lihat seperti puting beliung tu menyedut air ke awan. Korang sendiri boleh rasa berat air sebaldi macam mana ini kan bula bergelen gelen air di sedut naik. Memang kekuatan angin tu sudah cukup mampu menerbangkan manusia.

Nasihat aku kalau jumpa fenomena seperti ini elok dijauhi dengan segera. Ia bukannya terbentuk seperti kilat dan perlu mengambil masa untuk membentuk. Jauhkan diri dari arah yang bertentangan dengan puting beliung itu bergerak, pergi ke up wind direction. 








Fenomena seperti biasanya akan terjadi di kawasan-kawasan yang lapang luas terbentang kerana laluan angin tiada rintangan dari bukit bukau dan gunung ganang. Apabila angin sejuk dan panas mengalir dari arah yang bertentang akan membentuk horizontal vortex di tengah-tengah lalu akan menghasilkan puting beliung.

Quote:
SABAK BERNAM: Beberapa kawasan pertanian di daerah ini, dilanda puting beliung petang tadi.

Fenomena itu melanda kawasan sawah di tujuh kampung di daerah ini, kira-kira jam 5.40 petang tadi membabitkan Kampung Parit Lapan Gambut, Kampung Parit Satu Barat, Kampung Parit Dua SHD, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit Empat SHD, Kampung Parit Enam dan Kampung Sungai Nipah Baroh.

Komander Operasi Kanan Bomba Selangor Mohd Hissam Sidik, berkata pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang maklumat mengenai kerosakan rumah dan harta benda serta kecederaan dialami penduduk kampung ekoran kejadian itu.

"Setakat ini kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.

"Bomba juga akan terus memantau sekiranya menerima maklumat kejadian ini kembali berulang," katanya.
Sumber dari: BHarian