Hari ini berita kecoh lagi dengan penurunan harga minyak berterusan ke paras di bawah 60usd setong adalah yang terburuk disepanjang tempoh 5 tahun. Apakah krisis ekonomi akan berulang seperti yang berlaku pada tahun 2007? dimana ketika itu harganya menjunam dibawah 33usd setong. Aku masih ingat lagi syarikat tempat aku bekerja terpaksa mengambil langkah memberhentikan ramai pekerja. Lebih kurang 20% perkerja terpaksa diberi tawaran VSS (volunteer stop service). Itu yang dapat tawaran VSS kira beruntung dari yang tidak dapat apa-apa. Mereka terus dibuang dengan alasan majikan pekerja yang bermasalah. Apa-apa pun masa tu puncanya harga minyak pasaran dunia jatuh.
Berbalik pula masa sekarang dimana kejadian penurunan nilai minyak mentah seperti mengahala ke takuk lama. Di media pulak tidak putus menyatakan ekonomi Malaysia masih kukuh walaupun kejatuhan nilai ringgit. Itu betul kejatuhan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara tapi antara ringgit dengan apa? Kalau USD vs MYR naik mungkin ekonomi US semakin baik manakala ekonomi Malaysia masih dalam keadaan biasa, aku boleh simpulkan kejatuhan nilai ringgit memang tidak menjejaskan ekonomi Malaysia. Tapi bagai mana pula perbandingan dengan negara-negara yang lain? Maksudnya Ekonomi Malaysia Vs negara mana???
Quote:
Penyusutan nilai ringgit tidak jejas ekonomi negara - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Penyusutan nilai ringgit yang ditentukan oleh keadaan pasaran dunia tidak akan menjejaskan ekonomi negara dengan ketara kerana asas ekonomi negara sentiasa kukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata nilai eksport negara juga melebihi nilai import dengan anggaran eksport tahun 2014 pada RM762.8 bilion berbanding nilai import RM677.2 bilion, yang menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 bilion.
"Dalam tempoh volatiliti atau kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur.
"Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran serta memudahkan perdagangan dan pelaburan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata hasil kerajaan daripada sumber petroleum termasuk Petronas juga tidak terjejas dengan banyak pada tahun ini kerana pengiraan purata harga minyak bagi setahun 2014 berdasarkan US$110 setong.
"Dijangka purata tahun ini sekitar US$104 setong dengan mengambil kira penurunan harga minyak pada November dan Disember sekarang ini," katanya.
Dengan penyusutan ringgit, kata Ahmad, barangan import akan meningkat harganya, namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.
Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export, katanya.
"Maka akan bertambah keuntungan syarikat, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang," katanya lagi.
Sektor pelancongan pula akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yamg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.
Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan mata wang.
Timbalan Menteri itu berkata dalam menangani penyusutan ringgit, agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Felda dan Felcra perlu segera mencari pasaran baru untuk minyak sawit.
Petronas juga perlu terus mencari sumber baharu minyak dan gas serta mengadakan kerjasama (JV) di negara-negara lain.
Produk hiliran getah dengan ciptaan dan inovasi baharu perlu terus diusahakan, katanya.
Sumber dari: Astro
Jika korang mahu pergi ke negara-negara jiran sudah tentu apa yang di harapkan tukaran matawang yang rendah maka kita akan dapat jumlah wang yang lebih negara tersebut. Contoh kalau mahu ke Universal studio Singapore sebelum ini tukar 1 SGD = 2.50 MYR dan sekarang sudah jadi 2.66 MYR. Bukankah itu sudah mahal sedikit bagi rakyat Malaysia untuk berbelanja.
Jejas atau tidak ekonomi Malaysia dengan perbandiangan matawang seperti di atas tu? Bagaimana pula dengan hutang negara yang berbillion ringgit? sudah pasti akan meningkat dengan tukaran asing bukan?
Bukannya aku mahu menyalahkan sesiapa cuma korang semua perlu bersiapsedia bagi menghadapi cabaran sukar nanti. Berbelanjalah pada apa yang perlu dan yang penting. Jika berbelanja pada yang tidak perlu haruslah cuba diberhentikan buat sementara. Contohnya:
Jejas atau tidak ekonomi Malaysia dengan perbandiangan matawang seperti di atas tu? Bagaimana pula dengan hutang negara yang berbillion ringgit? sudah pasti akan meningkat dengan tukaran asing bukan?
Bukannya aku mahu menyalahkan sesiapa cuma korang semua perlu bersiapsedia bagi menghadapi cabaran sukar nanti. Berbelanjalah pada apa yang perlu dan yang penting. Jika berbelanja pada yang tidak perlu haruslah cuba diberhentikan buat sementara. Contohnya:
1- Astro - tutup astro dan guna percuma melalui atenna biasa - jimat RM 50 (jika ambil basic package)
2- Internet/Telefon - Kurangkan nafsu internet sekadar mahu melayari facebook, youtube, wassap dan sebagainya. Kurangkan bergayut dengan urusan yang tidak berapa penting. Jimat RM 100
3- Rokok - Berhenti merokok. Jimat RM100 sebulan
4- Struktur semula hutang - kalau boleh bincang dengan pihak bank buat refainance kurangkan bayaran bulanan. Kalau boleh jual kereta mana yang tidak perlu. Kalau dulu hutang kene kommit RM 1000 sebulan mungkin selepas ini dpt bayar RM 800 sebulan jimat RM 200
5- Tukar lampin - bagi yang mempunyai anak kecil tukarkan kepada lampin guna semula. Kenalah rajin basuh dan tukar. Jimat - RM 100 sebulan
6- Tukar susu - Kalau boleh ajar anak minum susu yang lain. Bagi anak yang masih minum susu Ibu bagus di teruskan. Tidak perlu menyusukan anak dengan susu lembu yang high grade yang mahal-mahal- jimat RM 100.
7- Kurangkan berjalan atau melancong - Bagi mereka yang panjang langkah tu eloklah duduk di rumah bersama keluarga. Nak berjalan redah tol dah berapa? Minyak lagi? Parking lagi? Pastu dah sampai ke destinasi pasti akan berbelanja pada benda yang tidak perlu. Bukankah itu sudah membazir namanya? Jimat RM 500
So banyak lagi benda yang boleh kita boleh berjimat dan yang paling utama di sini jangan lupa untuk berdoa supaya di murahkan rezeki. Solat berdoa bersabar..Solat berdoa bersabar..Solat berdoa bersabar..bermuhasabah diri kita dan jangan sesekali lupakan Allah SWT kerana semua ini adalah ujian untuk hambanya. Bagi yang non-muslim buatlah cara korang yang di ajar oleh agama korang ketika menghadapi kesusahan.