Sudah lama aku tidak update web ni terlalu sibuk dengan urusan luar negara sehingga mendapat khabar berita yang tidak menyenang aku dengan kemelut perebutan kuasa kerusi MB selangor. Lagi la aku tidak puas hati kerana PAS bersetuju mencalonkan 2 pilihan samada Azmin Ali atau Wan Azizah untuk di lantik sebagai MB Selangor dan mereka ini bagi aku tidak sesuai untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sebelum meneruskan membaca, ada baiknya korang meneliti senarai orang yang pernah menjadi MB Selangor. Ni dibawah aku listkan kesemuanya dari zaman hitam putih sampailah yang berwarna:
# | Menteri Besar | Mula berkhidmat | Tamat | Parti | |
---|---|---|---|---|---|
1 | Hamzah Abdullah | ![]() | 1949 | 1949 | BEBAS |
2 | Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad | ![]() | 1 Julai 1949 | 1953 | BEBAS |
3 | Othman Mohamad | ![]() | Mac 1953 | 1954 | UMNO |
4 | Abdul Aziz Abdul Majid | ![]() | 1955 | 1956 | UMNO |
5 | Muhammad Ismail Abdul Latiff | ![]() | 1956 | 1958 | UMNO |
6 | Abdul Jamil Abdul Rais | ![]() | 1958 | 1959 | BN-UMNO |
7 | Abu Bakar Baginda | ![]() | 1959 | 1964 | BN-UMNO |
8 | Harun bin Idris | ![]() | 1964 | 1976 | BN-UMNO |
9 | Hormat Rafei | ![]() | 1976 | 1982 | BN-UMNO |
10 | Ahmad Razali Mohd Ali | ![]() | 1982 | 1986 | BN-UMNO |
11 | Muhammad bin Muhammad Taib | ![]() | 14 Ogos 1986 | 14 April 1997 | BN-UMNO |
12 | Abu Hassan Omar | ![]() | 6 Jun 1997 | 9 Ogos 2000 | BN-UMNO |
13 | Mohamad Khir Toyo | ![]() | 18 Ogos 2000 | 14 Februari 2008 | BN-UMNO |
14 | Abdul Khalid Ibrahim | 17 Mac 2008 | kini | PR-PKR |
Kalau dilihat dan diselidik kesemua senarai di atas, mereka semua ini semuanya mempunyai satu persamaan iaitu anak jati Selangor..aku ulang sekali lagi ANAK JATI SELANGOR yang di lantik Sultan untuk berkhidmat untuk rakyat Selangor. Mereka ini ada yang lahir dan berasal dari Klang, Banting, Hulu Selangor, Petaling Jaya, Kuala Selangor yang sememangnya pure anak jati Selangor.
Tapi kenapa pulok orang hok dari pantai timur dok sibuk mencalonkan orang lain. Wakil Selangor dari PAS tiada yang layak ke? Nik Aziz dan Hadi Awang takde telor ke sanggup ikut telunjuk PKR. PAS sepatut memberikan lebih pilihan dari calon PAS sendiri bukannya pilihan tersepit dari calon PKR. Sibuk orang luar ini menghuru harakan negeri orang lain.
Korang semua tahu kerusi PAS melebih PKR dan sepatutnya berkuasa mencalonkan wakilnya sendiri.
TSKI amat disenangi rakyat Selangor termasuk aku sendiri di sepanjang pemerintahannya. Mana ada isu rasuah beli rumah.. mana ada isu skandal seks atau liwat dan sebagainya. Tapi PAS termasuk golongan bersubahat bersama PKR untuk menjatuhkan TSKI. Semuanya sebab tamak mahukan kekayaan Negeri Selangor. Parti Keadilan Rakyat konon, dimanakah keadilannya untuk rakyat serta anak jati selangor?
Mengapa aku tidak bersetuju Azmin Ali atau Wan Azizah sebagai MB Selangor
Azmin Ali sememangnya ada kontroversi dengan keluarga Anwar/Wan Azizah. Mungkin PAS calonkan mereka berdua ada sebab. Kalau Azmin naik habislah Anwar. Kalau Wan Azizah naik habislah Azmin. Pasal perselisihan faham tu sebab apa korang cari lah sendiri.
Azmin dan Wan Azizah bukan anak jati Selangor. Mereka berdua ini orang luar yang mempunyai agenda tersendiri untuk Selangor. Nik Aziz dan Hadi Awang pun orang luar.
Azmin Ali banyak kontroversi bersama Ibunya serta adik beradiknya sendiri. Satu contoh tidak baik dalam keluarga. Kalau keluarga sendiri tidak boleh di harmonikan apatah lagi untuk rakyat Selangor.
Wan Azizah pulak adalah pengikut setia suaminya iaitu Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim tidak dijatuhkan hukuman bersalah sudah tentu di yang akan memegang DUN Kajang. Semunya ada agenda tersendiri hingga Wan Azizah menggantikan tempatnya untuk merebut jawatan MB Selangor. Mengapa? tiada calon lain yang sesuaikah dalam PKR untuk langkah Kajang dulu.? Mungkin pada tahun 1998 Anwar telah dijatuhkan oleh Mahathir atas sebab tertentu. Sedikit sebanyak rakyat selangor sudah terbauk busuk dengan sikap Anwar Ibrahim dan orang bayang di belakangnya yang suka menghuru harakan Negeri Selangor.
Apa pun keputusan ditangan Sultan Selangor sendiri samada mahu atau tidak menggantikan Menteri Besar Selangor. Kalau ada dikalangan korang yang membaca artikel ini dari kerabat diraja Sultan Selangor ada baiknya membantu menasihati Sulatan selangor untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sumbangan Share viral ke FB amat dialu-alukan untuk disebarkan demi menyelamatkan Selangor dari orang luar.