Aku nampak gambar dokumen ini dari pagi tadi di FB juga di laman-laman blog politik. Disebabkan kesibukan dengan kerja di siang hari, aku hanya membaca secara kasar dan jelas amat mudah di simpulkan.
Sebelum korang terkejut beruk, melatah, memaki hamun selepas membaca dokumen ni ada baiknya korang selidik dahulu sumbernya.
link seperti di bawah
Sumber terawal post di FB dari ASSU
Sumber kedua terawal post di FB dari Carlos Adzha
Sumber ketiga terawal post di FB dari Muhammad Firdaus Christopher
Mengapa ia dalam bentuk gambar? tidak dalam bentuk pdf? sudah tentulah mahu di sebarkan secara viral di FB. Pdf mana boleh letak di FB, betul tak?kalau di email letih la nak di di viralkan secara automatik.
Ramai bukan yang percaya pada dokumen ni. Penulis dokumen ini memang hebat tetapi kureng profesionalnya untuk menipu. Aku cakap dokumen tipu sebab:
Pertama kualiti kertas yang murah kot yer pun print la kat kertas yang berkualiti sikit. Keduanya fail kuning zaman lama, pelan racangan tu patut gunalah yang senonoh sikit. Ini kertas dah lah murah, fail cover pun murah jugak. Ketiganya ialah dicetak bendera PKR besar-besar dan setiap muka ditulis rahsia. Kalau format rasmi takdenye macam budak-budak sekolah buat folio. Dokumen profesional sepatutnya menggunakan format yang amat simpel dan jelas.
Keempat, tiada tanda tangan dari pihak PKR sendiri secara tidak langsung aku boleh menganggap siapa-siapa pun boleh tulis dokumen rahsia seperti ini. So orang yang bodoh dan mudah tertipu sahaja boleh percaya bulat-bulat pada benda yang mengarut ini.
Korang tengoklah berapa ramai orang yang memberi komen di FB seperti percaya pada dokumen rahsia merepek ini.
Orang Malaysia ini banyak kes yang kena tipu dah, dekat email boleh kena tipu, dekat telefon pun boleh kena tipu, kat FB lagi lah ramai kena tipu. So kalau korang nak kena tipu senang jer..percaya jer dokumen rahsia ni.
Tentang kejatuhan ekonomi tu memang mungkin akan bakal berlaku, ia dinamakan economic turndown atau breakout atau 10 years cycle. Dimana setiap 10 tahun atau hampi pasti akan berlaku kejatuhan ekonomi.
1987/1988 kejatuhan ekonomi yang teruk
1997/1998 kejatuan ekonomi di seluruh asia - orang lupa sibuk tumpu Anwar Ibrahim kena tangkap
2008 ekonomi jatuh lagi banyak kilang berhentikan pekerja even syarikat tempat aku bekerja membuang 5000 pekerja.
Mungkin akan berlaku lebih awal tahun 2017 atau 2018 untuk cycle seterusnya. Harap berwaspadlah.
Penafian dari pihak PKR sendiri.
Quote:
KENYATAAN MEDIA
20 Ogos 2014
DOKUMEN "LANGKAH KAJANG" YANG SEDANG DISEBAR ADALAH PALSU DAN FITNAH
Saya mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh sdr Rafizi Ramli, pengarah strategi KEADILAN, berkaitan "Kajang Move/Langkah Kajang".
Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah.
Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog sdr Rafizi sekitar waktu "Langkah Kajang" dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama "Serampang Kajang":http://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/
KEADILAN mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik kami. Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh-musuh politik KEADILAN enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN