Kejadia berlaku petang tadi (24 Ogos 2014) ketika hujan turun dengan lebatnya sejak jam 3 petang.
Lokasi kejadian berlaku berhampiran dengan Leisure Mall Cheras di mana kawasan itu sibuk dengan pembangunan projek MRT. Banjir berlaku di percayai saluran air tersumbat menyebabkan banyak kereta telah dimasuki air.
Belum sampai seminggu sahaja macam-macam kes malang menimpa yang berkaitan dengan projek MRT.
Pertama kes 3 orang warga bangla benasib malang maut dihempap konkrit landasan MRT. Sumber berita disini >> http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautdihempapkonkrit/Article/
Selepas itu berita 12 tetulang konkrit untuk projek MRT terjatuh dari lori yang berlaku di Jalan Cheras menghala ke KL. Sumber boleh baca disini >> http://www.astroawani.com/news/show/12-tetulang-konkrit-mrt-terjatuh-dari-lori-42494
Dan hari ini pula banjir dan di percayai penyebabnya adalah dari projek MRT juga.
Apakah pihak pengurusan keselamatan atau HSE tidak mengambil peduli atau memantau faktor keselamatan atau risiko yang mungkin bakal berlaku disebabkan projek MRT mega ini. Apakah kesialan atau suweynya projek MRT ini hinggakan berbagai kejadian malang yang menimpa? Selepas ini agak-agak apa pula yang akan terjadi ? Hmmm..Tuhan sahaja yang tahu.