Semakin dekat menjelangnya hari raya semakin kerap bunyi mercun kedengaran. Sudah menjadi adat setiap perayaan di Malaysia ini pasti tid...

Senarai Jenis-Jenis Mercun Dan Bunga Api


Semakin dekat menjelangnya hari raya semakin kerap bunyi mercun kedengaran. Sudah menjadi adat setiap perayaan di Malaysia ini pasti tidak terlepas bunyi mercun berdentum di udara. Dan setiap tahun pula pasti akan berlaku kemalangan ketika bermain mercun dan bunga api. Ada yang putus jari, buta mata, rumah terbakar atau meletup dan paling teruk adalah boleh mengundang maut.
Disini ingin aku himpunkan segala jenis mercun dan bunga mengikut dari risiko rendah kepada tahap yang paling merbahaya.

Mercun Pop aka Mercun Bawang

Mercun Pop aka Mercun Bawang
Mercun ini selamat untuk dimainkan. Khas untuk kanak-kanak yang masih belum kenal bahaya boleh bermain mercun jenis ini. Haya perlu baling kelantai akan meletup bunyi pop!

Bunga Api Dawai

Bunga Api Dawai
Aku tidak pasti nama bunga api ini di tempat korang. Tapi aku panggil bunga api dawai atau pun bintang kerana percikan api terhasil seperti bintang-bintang yang keluar. Seperti sebatang welding rod yang kecil. Sebatang dawai disaluti dengan belerang. Tahap sederhana merbahaya kerana api yang terpercik disekelilingnya tidak akan menyakiti kulit. Kanak-kanak perlu pengawasan orang dewasa kerana takut akan terpegang pada hulu dawai yang panas membara.

Bunga Api Kertas

Bunga Api Kertas
Bunga Api yang belerangnya disaluti kertas. Apabila dibakar bunga api akan terhasil menyembur keluar kehadapan. Tahap risiko sederhana dan kanak-kanak perlu pengawasan orang dewasa. Takut dicucuhnya pada orang lain. Menjadi tahap bahaya apabila sesetengah mereka yang kreatif sangat akan menggunakan belerang bunga api ini untuk dijadikan mercun buatan sendiri.

Bunga Api Warna-warni

Bunga Api Warna-warni
Lebih mahal dari dua yang diatas kerana cahaya cerah yang terhasil akan bertukar-tukar warna. atangnya seperti batang satay yang panjang. Tahap sederhana bahaya dan kanak-kanak perlu diawasi

Mercun Lebah

Mercun Lebah
Kecil dan mempunya kepak dan diwarnai belang hitam kuning seperi lebah. Ia tidak meletup dan tahap bahaya adalah sederhana. Ia akan terbang disebabkan tekanan seburan api yang terhasil. Hanya boleh dimainkan oleh kanak-kanak yang cekap membaling. Pengawasan orang dewasa diperlukan.

Mercun Lidi

Mercun Lidi
Batangnya diperbuat dari lidi yang halus. Perlu dihalakan keudara utuk terbang. Letupan di udara tidak berapa kuat. Lebih kurang bunyi mercun bawang.

Mercun Gasing

Mercun Gasing
Berbentuk bulah sebesar lebih kurang duit syiling 20sen. Tahap sederhana bahaya. Pacutan tekanan api yang keluar dari bahagian tepi gasing akan membuatakn ia berputar. Kanak-kanak perlu pengawasan orang dewasa.

Mercun Das

Mercun Das
Mercun yang akan memuntahkan beberapa das bola berwarna warni dan menghasilkan bunyi letupan yang kecil untuk setiap bola api yang terhasil. Perlu ditujukkan 45 darjah ke udara. Walaupun tahap bahayanya adalah sederhana tetapi pernah terjadi ia dihalakan kepada orang lain. Kanak-kanak perlu diawasi.

Mercun Katak

Mercun Katak
Akan melompat-lompat tidak tentu arah apabila ia dibakar. Sederhana bahaya dan perlu dijauhi selepas sumbu dinyalakan kerana lompatan-lompatan mercun katak ini tidak dapat diramal. Kanak-kanak wajib diawasi.

Mercun Naga

Mercun Naga
Mengasilkan letupan kecil yang banyak dan perlu dibaling selapas sumbunya dibakar. Kanak-kanak yang sudah diperingkat sekolah dan ke atas sahaj boleh bermain dan perlu diawasi

Mercun Mancis

Mercun Mancis
Sudah sampai ke peringkat merbahaya .Mudah untuk dinyalakam hanya perlu gesek seperti mancis. Muncung mercun akan menyala dan berasap untuk beberapa saat dan kemudian meletup. Tak silap aku ada dua jenis mercun ni, satu besar dan satu kecil. Sudah tentu yang besar lebih kuat bunyinya. Kanak-kanak perlu pengasan orang dewasa dengan penuh teliti. Hanya sesuai 9 tahun ke atas.

Mercun Papan aka Mercun Cina aka Mercun Padi

Mercun Papan aka Mercun Cina aka Mercun Padi
Sesuai digelar mercun Cina sebab sudah menjadi tradisi atau kebiasan akan diletupkan apabila tiba perayaan tahun baru cina. Bunyi yang kuat tergantung pada saiz dan tempoh letupan berulang kali tergantung pada panjangnya. Kalau nak bakar lebih 10 meter pun ada. Merbahaya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Tunderclap

Tunderclap
Seperti mercun lidi tetapi lebih besar dan panjang. Menghasilkan bunyi jeritan yang kuat ketika terbang lalu akan meletup berdentum diudara. Perlu dijauhi sesudah sumbu dibakar. Hanya untuk orang dewasa sahaja kerana merbahaya.

Mercun Rocket

Mercun Rocket
Lebih kurang sama dengan mercun Thunderclap tetapi jarang terbangnya lebih jauh dan bunyi letupan diudara lebih kuat sedikit berbanding mercun Thunderclap. Juga Harganya lebih mahal dari mercun Thunderclap. Tahap bahaya sama seperti mercun Thunderclap dan hanya untuk orang dewasa bila dimainkan.

Tunder King

Tunder King
Bunyi letupan seperti guruh diangkasa. Ia akan meletup sekali di bawah dan letupan kedua di udara. Lebih kuat bunyinya daripada mercun Thunderclap. Sangat merbahaya dan perlu dijauhi sesudah sumbu terbakar. Untuk orang dewasa sahaja.

Mercun Ketupat

Mercun Ketupat
Mercun yang sungguh kuat bila meletop. Boleh berdesing telinga kalau mendengarnya. Sangat merbahaya dan hanya untuk orang dewasa. Boleh putus jari kalau gagal dibaling.

Mercun Bola.

Mercun Bola.
Sama bahaya seperti mercun ketupat diatas. Bunyi lebih kuat sedikit berbanding mercun ketupat. Hanya sesuai untuk orang dewasa.

Mercun Telur

Mercun Telur
Oleh kerana saiz lebih besar dari mercun bola, kuasa Letupan lebih kuat dan lebih bahaya dari mercun bola. Boleh mendatangkan kecederaan yang serius jika gagal dibaling jauh. Sangat merbahaya kepada seluruh peringkat umur.

Mercun Bateri

Mercun Bateri
Paling superb dan paling syok bila dibakar. Seperti gabungan mercun Thunder King yang disusun menjadi petak. Bunyi yang terhasil lebih kuat dari Thunder King di udara. Sangat mahal dan harga mengikut saiz. Ada 5 x 5 menghasilkan 25 das, ada 6 x 6 untuk 36 das dan seterusnya. Semakin besar bateri itu semakin banyak ia akan membawa letupan di angkasa. Kelebihan mercun ini akan menghasikan bunga api yang cantik penuh warna warni. Kekuranganya ialah harga yang mahal. Kategori sangat bahaya dan hanya untuk orang dewasa sahaja.