Budaya selfie dan troll sudah menjadi satu trend kepada mereka yang gemar melayari dunia internet.  Lebih-lebih lagi di media social sep...

Selfie VS Troll


Budaya selfie dan troll sudah menjadi satu trend kepada mereka yang gemar melayari dunia internet.  Lebih-lebih lagi di media social seperti Facebook. Kalau kita lihat banyak orang yang berselfie dan troll sana sini tidak kira ianya positif atau negative. Di sini aku merajinkan diri membuat perbandingan antara selfie dan troll secara ringkas.


Selfie
Troll
Suka mengambil gambar diri sendiri
Suka mengambil gambar orang lain
Kebiasaannya diambil menggunakan camera kecil atau smart phone
Sumber gambar diambil dari internet.
Suka mengubahsuai gambar sendiri supaya kelihatan lebih cantik
Suka mengubahsuai gambar orang lain
Bertujuan ingin menunjuk atau show off dan memerlukan perhatian dari orang lain
Bertujuan provokasi dan memberi perhatian kepada orang lain
Selalunya akan post di laman social - Wall FB, instagram
Selalunya akan di post di media social -forum, blog dan fanpage
Boleh berpontesi mengaibkan dan memalukan diri sendiri
Boleh mengaibkan dan memalukan orang lain
Boleh menjadi bahan bukti apa yang mereka lakukan (contoh selfie selepas jimak)
Tidak boleh dijadikan bukti. Fakta telah diolah oleh orang lain (tulisan yang tertulis)
Pakar mengatakan jika ianya berlebihan boleh dikategorikan sebagai sakit mental dan kehilangan keyakinan
Pakar mengatakan jika ianya berlebihan boleh diketegorikan sebagai sakit jiwa





















Bagi aku kalau nak berselfie atau troll takde masalah pun. Tapi janganlah keterlaluan sampai ketagih. Takkan hari-hari tidak jemu ambil gambar sendiri. Takkan masih tidak jemu mengubahsuai gambar orang lain. Janganlah sampai ianya keterlaluan. Berfikirlah masak-masak sebelum post gambar itu di internet.

Quote:
Selfie penyebab kehilangan keyakinan diri
Astro Awani | Kemas kini: Februari 11, 2014
(Diterbitkan pada: Februari 11, 2014 11:45 MYT)

KUALA LUMPUR: Trend popular ‘selfie’ masih belum surut dan kini, ia dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

Selfie yang popular di kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

Budaya yang mula popular sejak kira-kira setahun lalu ini bukan sahaja mendapat perhatian anak-anak muda, malah golongan dewasa dan artis.

Sebagai contoh di Malaysia, artis popular negara tidak kurang memuat naik gambar selfie mereka ke lama sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ketagihan selfie ada kesan sampingannya.

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat  naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

Menurutnya, keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.

Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan.

“Jika belia warga Thai mula hilang keyakinan, ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri.

“Ini akan memberi kesan terhadap negara pada masa hadapan memandangkan bilangan generasi baru semakin mengecil. Ia akan menghalang kreativiti dan inovasi negara,” kata Dr Panpimol.

Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian  kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti.

Dr Panpimol menggesa pengguna internet untuk menerima perbezaan dan pendapat orang lain setaraf dengan mereka, selain berusaha untuk mengurangkan mengambil selfie terlalu kerap.

Sumber dari: Astro



Quote:
Perbuatan 'troll' dikategorikan sakit jiwa - Fadzilah Kamsah
Bernama | Kemas kini: Julai 17, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 17, 2014 13:49 MYT)

FADZILAH: Golongan ini boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang 'sakit dari segi rohani'.
KUALA LUMPUR: Mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan 'sakit jiwa'.

Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata golongan ini boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang 'sakit dari segi rohani'.

"Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan orang lain.

Yang ketiga katanya mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran.

"Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta melakukan perbuatan yang sama.

"Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat serta sangat berbahaya," katanya.

Menurut Mohd Fadzilah, pelaku 'troll' sebenarnya terlupa perbuatan mereka itu adalah suatu sabotaj terhadap diri sendiri.

Orang terlepas pandang apabila mereka memberi komen bersifat negatif terhadap sesuatu isu, secara tidak langsung akan mencerminkan sifat peribadi pelaku 'troll' dan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri, katanya.

"Apabila mereka menyampaikan keaiban orang lain dalam media sosial, dosa pelaku kesalahan itu mungkin terhenti setakat itu namun dosa orang yang menyebarkan cerita tersebut akan berterusan selagi isu itu masih dibincangkan," katanya.

Sumber dari: Astro