Sejak kebelakangan ini heboh satu negara isu halal haram dan ketelusan JAKIM yang bertanggungjawab memberi status logo halal terhadap ...

Resepi Rahsia Bihun Cap Masjid


 Sejak kebelakangan ini heboh satu negara isu halal haram dan ketelusan JAKIM yang bertanggungjawab memberi status logo halal terhadap sesuatu produk untuk orang Islam di Malaysia. Ini semua berpunca dari isu Cadbury yang dikatakan dari pihak KKM ianya mengandungi DNA babi.

Lepas tu keluarlah macam-macam komen dari bijak pandai di media sosial yang menunjukkan kehebatan  melontarkan pendapat masing-masing.
Kali ini pula kecoh pulak pasal Bihun cap masjid yang tersebar di media sosial yang menunjukkan rahsia memproses bihun tersebut.
Berdasakan gambar-gambar yang diperolehi, air tangan pekerja bangla adalah salah satu rahsia dalam resepi pembuatan bihun tersebut dan ditambah lagi dengan resepi pekerjanya yang tidak berbaju sambil mengeluarkan peluh akan membuatkan rasa bihun akan lebih menyelerakan.
Ia sudah semestinya berbau dengan cara pemprosesan bihun seperti ini sudah tentulah orang ramai akan merasa terliur kerana setanding dengan  cara penghasilan tempoyak,budu, cencaluk dan belacan yang amat disukai oleh orang ramai.