IMEJ menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas (dalam bulatan) yang terbakar dan mengeluarkan cahaya apabila memasuki lapisan udara di R...

Video Meteor Jatuh Ke Bumi Berjaya Dirakam

IMEJ menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas (dalam bulatan) yang terbakar dan mengeluarkan cahaya apabila memasuki lapisan udara di Rusia.

Dalam 2-3 tahun kebelakangan ini banyak kes benda-benda jatuh dari angkasa. Amat merbahaya kalau terkena orang ramai kerana berat dengan tarikan graviti serta kelajuan turun dari angkasa sudah cukup memberi maut jika terkena seseorang.


Quote:
MURMANSK - Kehadiran beberapa meteor yang menerangi langit malam di sini dirakam kamera yang diletakkan pada papan pemuka sebuah kereta.

Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube dibuat ketika kenderaan itu melalui lokasi kejadian kelmarin.

Ia menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi dan menerangi langit yang gelap.

"Saya seakan-akan tidak percaya melihat sebutir batu terbakar dapat memancarkan cahaya yang begitu terang," kata seorang pengguna YouTube.

"Untuk beberapa saat langit cerah seperti siang hari," tambahnya. - Agensi
Sumber dari: Kosmo