Zaman sekarang budaya menyimpan wang semakin berkurangan dikalangan masyarakat. Apa tidaknya dengan zaman internet yang sungguh canggih sekarang ini banyak produk-produk baru yang keluar di pasaran yang menarik minat masyarakat untuk membeli. Salah satunya ialah Smart Phone.
Sampai keperingkat murid sekolah rendah sudah memiliki telefon mudah alih yang serba canggih.
Dulu sebelum era berkembangnya dunia internet rakyat digalakkan menabung. Aku masih ingat lagi di kaca TV tahun 90an selalu ada keluar kempen menabung. Zaman sekarang sudah berubah, masyarakat sudah mempunya kuasa membeli atau kuasa berhutang.
Jika anak anda ingin kan sesuatu ajarkanlah dengan ilmu menyimpan menyimpan dahulu. Contoh jika anak mahukan mainan atau video game atau smart phone yang mahal usahlah anda mengeluh tertekan.
Mari kita mulakan dengan langkah-langkah menyimpan tanpa anda sedari wang anda semakin bertambah.
1- Simpan wang menikut bilangan minggu
- Jika anda bermula minggu ini untuk menyimpan, iaitu minggu pertama anda wajib menyimpan RM 1. Jika minngu ke-2 anda wajib simpan RM 2, jika minggu ke-3 RM 3..dan seterusnya mengikut bilangan minggu.
- Setahun ada 52 minggu dan apabila cukup setahun anda akan memperolehi RM 1378. Fuhh banyak tu..itu kalau mulakan minggu pertama dengan RM 1, Kalau mampu mulakan dengan RM2 atau RM 3 bagaimana jumlah akhir tahun? Itu tergantung pada kemampuan masing-masing juga disiplin diri.
- Ajarkan anak dengan cara ini untuk dia menyimpan ditabung jika dia ingin membeli sesuatu yang diinginkan mengikut seperti jadual di bawah.
2. Gunakan wang kertas sahaja.
- Kalau ingin berbelanja, anda bayarkan dengan wang kertas sahaja. Dengan cara ini kocek seluaranda akan semakin penuh dengan syiling.
- Simpan baki syiling itu ke dalam tabung. Jika dilakukan setiap hari anggaran wang yang telah tersimpan boleh mencecah lebih RM 1000.
3. Teruskan menyimpan dengan jumlah ansuran bulanan walaupun sudah habis membayar hutang.
- Sebagai contoh jika sebelum ini anda membayar ansuran bulanan kereta RM 500 dan tidak mengganggu kewangan anda. Apa salahnya anda teruskan ansuran RM 500 itu ke simpanan bank anda.
- Anda mampu untuk hidup ketika berhutang dan bermacam-macam hutang lagi. Tidak salah anda menyimpan dengan jumlah hutang yang sama.
- Jika jumlah keseluruhan ansuran bulanan anda setiap bulan perlu dibayar RM1000 , maka cukup setahun anda akan berjaya menyimpan RM12000
4. Simpan jumlah nilai diskaun atau rebet selepas berbelanja.
- Tanamkan displin menyimpan jumlah baki diskaun atau rebet.
- Sebagai contoh jika anda membeli baju RM 100 dan diberit diskaun atau rebet dari kad ahli 10 %. maka RM 10 anda perlu menyimpan ke dalam tabung.
- Ini kerana harga barang sebenar RM 100 dan anda sanggup untuk membeli dan baki diskaun itu adalah simpnan anda.
5. Jangan guna duit sewaan
- Jika anda membeli dua buah rumah dan mampu untuk membayar ansuran bulanan kedua dua rumah tersebut dan kemudian satu daripadanya anda sewakan. Anda jangan cuba menggunakan duit sewa yang dibayar oleh penyewa untuk membayar ansuran rumah anda. Anda hanya perlu gunakannya untuk kos maintenance rumah atau benda yang sepatutnya untuk rumah berkenaan.
- Jika sewa rumah anda RM 500 sebulan maka cukup setahun akan memperolehi RM 6000
6. Buka akaun khas untuk wang tabung simpanan.
- Cara terbaik ialah mengasingkan akaun bank anda. Ada baiknya anda buat satu akaun khas untuk tabung simpanan anda supaya ianya tidak bercampur.
- Buka akaun ASB supaya dapat dividan dan wang yang di simpan tidak dimakan dengan kadar INFLASI. Himpunkan segala tabung-tabung anda ke saham yang kukuh ini.
- Kalau orang felda boleh simpan di saham koperasi kerana dividennya lebih tinggi berbanding ASB
- Setiap tahun wang akan berganda dengan dividennya sekali.