Email dari pekerja pelantar minyak saksi pesawat MH370 terhempas #MH370 Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370...

Pekerja pelantar minyak saksi pesawat MH370 terhempas?


Email dari pekerja pelantar minyak saksi pesawat MH370 terhempas #MH370
Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas semasa bekerja di selatan pantai Vietnam.


Laporan menyatakan lelaki itu menghantar email kepada majikannya menyatakan dia menyaksikan kemalangan itu.“Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Masa kejadian yang sama,” kata lelaki itu dalam e-mel.

“Saya cuba untuk menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam beberapa hari lepas. Tetapi saya tidak tahu jika mesej saya telah diterima atau belum.” Pegawai Vietnam mengesahkan mereka menerima e-mel tersebut.Dia juga menyatakan koordinat GPS lokasi beliau dan lokasi anggaran di mana beliau melihat pesawat tersebut.